Categories: Uncategorized

“Kalau Dapat Undurkan Masa, Saya Tak Nak Jadi Public Figure,”- Dah Kenapa Datuk Adi Putra?

Share

Pelakon, Datuk Adi Putra mendedahkan sekiranya dia dapat mengundurkan masa, dia akui tidak mahu menjadi seorang selebriti.

Katanya, dia lebih rela bekerja dan menjalani kehidupan seperti manusia normal yang lain.

Luahan tersebut merupakan petikan daripada perbualan Adi bersana ibunya yang dikongsikan menerusi entri terbaru laman Instagram miliknya.

Jelas pelakon KL Gangster itu, dia sudah penat dengan tanggapan segelintir pihak yang gemar mencari kesalahannya walaupun sudah membuat perkara yang betul.

Mendengar rintihan anaknya itu, Ibu Adi memberi tahu, dalam kehidupan ini kita harus melangkah ke hadapan dan bukan ke belakang.

” Jangan cakap macam tu, kita hidup ke depan bukan ke belakang, tak baik cakap macam tu, kita kena trima hakikat apa yang dah tertulis untuk kita.

 

“Kenapa nak fikir apa orang cakap, biar mereka nak kata apa, janji Allah tahu apa kebaikan yg kita buat, ada sebab dan hikmah kenapa Adi jadi “public figure”, tentu ada asbabnya,” tulisnya

Tambah ibu Adi, sekiranya tuhan telah menetapkan anaknya itu menjadi orang yang dikenali, manfaatkanlah kelebihan itu sebaik mungkin.

“Dengar sini, selagi ibu bernafas, Doa ibu tak pernah putus doa buat anak ibu dan istri. Kalau itu ketentuan Allah, teruskanlah perjuangan sebagai org dikenali dan manfaatkan sebaik mungkin. Dunia ini hanya sementara. Hidup ini juga utk memberi, membahagiakan dan menjayakan org dan Pasti Allah akan menjayakan dan bahagiakan kita krana itu Janjinya.

 

“Yang penting sekali, pertama ingatlah Allah sentiasa. Dan ibu dan ayah. Doa mereka tidak sama seperti seorang ibu mendoakan kepada anaknya, walaupun yg tiada ibu, anggaplah seorang wanita yg sudah berumur seperti ibu mu, kerana doanya juga sangat mustajab,” katanya lagi.

Diruangan komen, rata-rata peminat meminta Adi supaya bersabar dan teruskan semangat untuk bergelar selebriti yang berjaya.

Bagi MH, cabaran bergelar ‘public figure’ ini ternyata amat berat kerana segala tindak tanduk mereka akan diperhatikan dan dihakimi oleh orang sekeliling. Semoga isu ini tidak mematahkan semangat Adi untuk terus berkarya sebagai seorang seniman.

Foto: Instagram Adi Putra

IKLAN