Berkongsi sebuah klip video di laman Twitter menunjukkan dua pelancong asing sedang bermain muzik dan berjalan mengutip sumbangan pelanggan di sebuah kedai kopi sekitar Lembah Klang.
Mengambil berat akan isu ‘begpackers’ golongan pelancong asing, yang meminta derma atau sumbangan (begging) daripada orang ramai untuk tujuan menampung kos perjalanan mereka, Adibah Noor berkongsi pendapat.
Menurutnya, jika pendatang seperti Rohingya atau Bangladesh yang berbuat begitu, pasti sudah dihalau keluar.
Ads
“Kalau budak kecik kulit dark brown, macam rohingya ka bangla ka.. dah lama kena hambat keluar kan?
“Even adik2 yg cari makan jual buku, pen, gejet… pun owner dah hambat keluar cakap jangan kacau customers,” luahnya seakan pelik dengan sikap netizen Malaysia terhadap pelancong Barat.
Ads
kalau budak kecik kulit dark brown, macam rohingya ka bangla ka.. dah lama kena hambat keluar kan? even adik2 yg cari makan jual buku, pen, gejet… pun owner dah hambat keluar cakap jangan kacau customers. https://t.co/UKQDIUsbgH
Setuju dengan pendapat penyanyi Terlalu Istimewa itu, netizen berharap agar golongan ‘begpackers’ ini berhenti berbuat demikian. Kata mereka, sila kumpul duit dan melancong guna duit sendiri.
Ads
Foto – Twitter Adibah Noor & Ushar Daniele
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi laman Instagram, Riefian Fajarsyah atau Ifan berkongsi detik-detik terakhir bersama arwah isterinya, Dylan Sahara sebelum tragedi tsunami yang menyebabkan kesemua anggota Seventeen maut termasuk isteri vokalis tersebut.
Menurutnya, kelakuan Dylan pada malam kejadian agak berbeza daripada hari biasa apabila meminta dipeluk dan dicium sebelum Seventeen memulakan persembahan.
“Allah sekali lagi menunjukkan KUASANYA. Di berbagai kesempatan aku selalu bercerita bagaimana istriku menghampiriku untuk yang terakhir kalinya ke belakang panggung sebelum seventeen manggung malam itu di Tanjung Lesung, untuk meminta dipeluk dan meminta dicium pipinya sambil bertanya pertanyaan yang selalu dia lontarkan ke aku “kamu sayang ga sama aku? Kangen ga? Cinta ga?”
“Sejujurnya ini hal yang sangat jarang dia lakukan (menghampiriku sebelum manggung) karna istriku tau, sebelum manggung aku lebih suka berkonsentrasi untuk melakukan pekerjaan bersama Seventeen,” luahnya yang meruntun hati netizen.
Jelasnya, kuasa Allah telah menemukannya dengan kad memori dari kamera Andi, pemain dram, yang turut maut dalam kejadian.
“Ya, musibah terjadi sekitar pukul 22.10 tanggal 22 desember 2018, dan foto ini diambil paling lama 20 menit sebelum kejadian.
“Melalui KUASANYA Allah mengantarkan sekotak kecil memory card yang ternyata itu berasal dari kamera mas Andi.
“Ternyata sebelum kepergiannyapun mas @andi_seventeen masih sempat mengabadikan kami berdua lewat kamera yang sangat disayanginya itu.
“Ya Allah ya Tuhanku, terima kasih mas @andi_seventeen sudah memberikan kenang2an yang begitu berharga. Ternyata kita punya foto terakhir kita sayang @dylan_sahara,” tulisnya lagi.
Menurut penyanyi lagu Kemarin itu, foto dan video terakhir yang terdapat dalam kad memori Andi akan dijadikan Filem Dokumentari Perjalanan Seventeen.
“Dan ternyata masih banyak video serta foto yang luar biasa didalam memory card tersebut. Foto dan video kenangan kebersamaan terakhir keluarga Seventeen.
“InsyaAllah semua foto dan video tersebut akan kami hadirkan didalam FILM DOKUMENTER PERJALANAN SEVENTEEN.
“Bismillah semoga dilancarkan proses film ini demi kenangan kebersamaan kami bersama, termasuk aku dan istriku @dylan_sahara,” tulisnya.
Setelah habis tempoh berpantang, adik kepada penghibur, Sit Sairah Tarudin ada berkongsi wajah anaknya buat tatapan peminat.
Sairah berbuat demikian menerusi salah satu entri menerusi Instagram.
Selain ramai yang memuji dan mendoakan kesihatan cahaya mata bongsunya itu, ada juga yang menyamakan wajah anak bayi tersebut dengan anak saudaranya, Siti Aafiyah.
Video itu telah dimuat naik oleh Liza bertujuan untuk meluahkan rasa rindu untuk menyanyi dah membuat persembahan.
Rata-rata netizen terkejut apabila Liza memuat naik video tersebut kerana menyangka penyanyi itu menyanyi ketika dalam berpantang selepas 9 hari melahirkan anaknya.
Jangan terkejut ya netizen. Liza sekadar mengimbau kembali dan meluahkan rasa rindu untuk menyanyi kembali.
Apa-apa pun diucapkan kepada Liza Hanim untuk selamat berpantang dan semoga semuanya baik-baik sahaja.
Untuk rekod, Liza telah bersalin anaknya yang kelima pasa yang 25 Januari lepas.
Video : Instagram Liza Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.