Penyanyi, Datin Alyah mengakui kekurangan dari segi standard menerusi muzik video single Jutaan Purnama yang menjalani penggambaran di New Zealand awal tahun ini menyebabkan dia sanggup mengambil risiko reshoot muzik video lagu berkenaan dalam serba baru.

Kali ini, proses penggambaran dilakukan bersama satu pasukan yang lebih besar di Cameron Highland bulan lalu.

Menariknya, Alyah turut mengundang kembali aktor Remy Ishak yang sebelum ini pernah tampil di dalam muzik videonya berjudul Kisah Hati lebih lapan tahun lalu.

IKLAN

Malah, bintang tersebut turut membuat kemunculan istimewa menerusi persembahan Alyah di Anugerah Juara Lagu ke-26 hingga lagu ciptaan Manusia Putih itu dijulang sebagai persembahan terbaik ketika itu.

“Apabila melalui proses suntingan, saya tidak berapa puas hati, khasnya dari sisi standrad yang diinginkan. Sebab rasanya ramai yang sedia tahu, saya kalau muncul dengan muzik video, mesti kena ada ‘sesuatu’ yang boleh buat peminat ingat. 

 

“Jadi saya ambil keputusan untuk rakamkan kembali. Kali ini produksinya lebih besar berbanding sewaktu di New Zealand. Kononnya mahu ubah selera dengan bawa pasukan yang kecil sahaja untuk penggambaran. Hakikatnya, konsep sedemikian tidak berapa serasi dengan kemahuan saya. 

 

“Apa pun, saya tetap terharu atas sokongan team yang kecil sewaktu di sana dan kami merancang untuk lancarkan ia sebagai versi kedua untuk muzik video Jutaan Purnama. Cuma, selepas raya saya akan push versi pertama dengan kerjasama label muzik antarabangsa,” katanya.

Malah, dia turut berkongsi rasa teruja berkerjasama buat kali kedua bersama Remy, yang disifatkan sebagai pelakon lelaki yang sangat profesional.

IKLAN

“Tidaklah sukar bekerja dengannya kerana dia pernah muncul dalam muzik video Kisah Hati. Selepas lapan atau sembilan tahun, akhirnya saya jemput Remy sekali lagi muncul dalam muzik video. Kalau di Bollywood boleh ada Dilwale, mengapa tidak undangnya kembali?

 

“Bahkan, ramai juga yang sinonom dengan gandingan kami berdua di dalam muzik video Kisah Hati dan sebagai kesinambungannya, saya bersyukur kerana kerjasama ini dipermudahkan. Kiranya keserasian itu sudah pun ada,” akuinya lagi.

Dalam perkembangan lain, Alyah mengambil pendirian untuk tidak mengambil undangan persembahan pentas dan majlis berbuka puasa bagi memberi ruang buat diri dan bisnes.

IKLAN

Terdahulu, isteri kepada Maestro Muzik, Datuk Ramli MS ini ditemui MH di pelancaran LimeShot di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut hadir menyokong jenama detoks berkenaan ialah Fyn Jamal, Ezlynn dan Riz Amin.

https://www.youtube.com/watch?v=xKwBv8JpUuc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI