“Kalau Boleh Tahun Depan Mahu Kahwin & Memulakan Keluarga Sendiri,”- Sherry Ibrahim

Share
Tinggal beberapa mingu sahaja lagi tahun 2019 akan melabuhkan tirai dan akan bertemu pula  dengan tahun 2020.
Sekali gus, menjadikan pelakon Sherry  Ibrahim nekad mahukan yang terbaik buat dirinya.
Kongsinya, dia mahukan kejayaan dalam hidup; baik dari segi perniagaan, perihal peribadi dan impian yang masih belum tercapai.

“DOAKAN YER hik!

“Sebagai penutup, menjelang tahun dan dekad baru mendatang ini, kami tanya kepada Sherry tentang harapannya untuk tahun 2020.

“Kata Sherry sambil ketawa kecil, “Dulu saya ingatkan tahun 2020 itu seperti tahun dunia berakhir tapi sedar-sedar 2020 sebentar sahaja lagi! Janganlah dunia berakhir. Masih banyak impian yang belum saya capai.

“Tentulah saya mahu semua semua perniagaan saya maju, baik jenama tudung mahupun salun. Saya mahu single saya meletup. Saya perlukan satu single yang hit! Dan yang paling penting, saya mahu berkahwin. Bukan settle down ya, tapi move on kepada fasa seterusnya.

“Sebenarnya saya happy dengan keadaan sekarang tetapi kadang-kadang kita kena ada hope. Tak mahu jugalah kalau hope sahaja tapi tak jadi apa-apa. Jadi kalau boleh tahun depan saya mahu berkahwin dan memulakan keluarga sendiri. Semoga ada jodoh saya,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan agar impian pelakon itu tercapai.

Foto : Instagram Sherry Ibrahim

IKLAN