“Kalau Boleh Idam Cahaya Mata Perempuan,” – Doa Izreen Azminda Bila Hamil Anak Pertama Sama Ude

Share

Pelakom versatil, Izreen Azminda mengakui kalau diizinkan dan diberikan rezeki dariNya, dia teringin untuk menimang cahaya mata perempuan.

Izreen kini sedang hamil tiga bulan setelah lebih setahun mendirikan rumah tangga bersama pemuzik bebas, Ude Wahid.

Berkongsi perkara tersebut dengan lebih lanjut, pelakon filem Pak Pong ini memberitahu besar harapannya andai selepas ini dia dikurniakan bayi perempuan.

“Kalau ditanya mengenai jantina anak, insyaAllah dalam beberapa bulan baru boleh ketahui apa jantinanya. Kalau boleh, saya idam cahaya mata perempuan, memandangkan saya dan suami sudah pun mempunyai anak lelaki.

“Bagaimanapun, kami berserah kepadaNya. Cukup kalau bayi yang dilahirkan sihat sempurna, itu sudah memadai.

“Anugerah yang dianugerahkan ini pun buatkan saya bersyukur, alhamdulillah,” katanya kepada MH.

Izreen dijangka bakal melahirkan anak pertamanya bersama Ude Julai depan.

Foto: Instagram Izreen Azminda/Ude Wahid

IKLAN