Juara Dewi Remaja, Raysha Rizrose mengakui setakat ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan atlit permotoron, Nabil Jeffri meski mereka sudah pun bercinta cinta lebih enam tahun.

Kongsinya secara seloroh, adalah lebih baik jika jodoh berkahwin itu didahulukan buat dua kakaknya, Uqasha dan Nelydia Senrose. Kemudian, barulah dia menyusul ke fasa perkahwinan.

“Jujurnya saya dan Nabil berkawan sejak 2013 lagi, sebelum saya sertai Dewi Remaja. Kiranya sudah lebih enam tahun saling mengenali. Bagaimanapun, tidak ada sebarang perancangan untuk berkahwin dalam tempoh terdekat.

 

“Masing-masing masih muda dan punya komitmen lain yang perlu diutamakan setakat ini. Malah, saya juga belum bersedia untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah kakak lepas dulu,” kongsinya kepada MH.

Ditanya sebab mengambil pendirian untuk tidak terlalu terbuka dalam berkongsi kisah cintanya sebelum ini, Raysha mengakui dia berbuat demikian kerana tidak mahu terpalit dengan cerita sensasi yang kurang sedap didengar.

IKLAN

“Tidak dinafikan, saya seorang yang berahsia dan jarang sekali nak berkongsi di media sosial gambar kekasih. Bagi saya itu lebih baik, cuma itu tidakla bermakna saya mahu merahsiakan hal tersebut 100 peratus.

 

“Sekali-sekala, ada juga gambarnya saya muat naik di media sosial, cuma tidak keraplah,” ujarnya yang ditemui media pada majlis pelancaran drama rantaian terbaru lakonannya, Cintaku Di Bumi Izmir.

Drama yang bersiaran menerusi saluran Unifi TV itu turut menyaksikan gandingannya bersama Hefny Sahad. Turut sama terlibat di dalam drama berkenaan ialah Syafie Naswip dan Nabila Razali.

IKLAN

Ia sudah pun menemui penonton sejak 27 Ogos lalu.

IKLAN

Foto/ Video: Instagram Nabil Jeffri dan Hefny Sahad

https://www.instagram.com/p/Bm8PnfMAQZz/?hl=en&taken-by=hefnysahad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI