Penyanyi, Syafiq Farhain menegaskan dia belum terfikir lagi untuk berhenti daripada berkhidmat sebagai anggota bomba walaupun akan memenangi anugerah satu hari nanti.
Katanya kepada MH, anugerah tidak akan menjaminkan apa-apa pun dan dia tidak mahu meletakkan harapan yang begitu tinggi untuk meraih apa-apa anugerah seni.
“Kalau saya menang anugerah sekali pun saya tidak akan berhenti kerana semua itu tidak menjaminkan apa-apa.
“Mungkin sebulan dua je orang panggil lepastu mungkin orang tak panggil jadi kta jangan letak harapan begitu tinggi.
Ads
“Andai kata satu hari nanti Syafiq Farhain jadi penyanyi nombor satu dunia baru saya boleh fikir nak berhenti bomba atau tidak,” katanya
Syafiq berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Anugerah Meletop Era 2019 (AME2019) yang berlansung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Ads
Sementara itu, Syafiq yang kini betugas di ibu pejabat bomba, Putrajaya ternyata merindui dalam melakukan tugas-tugas menyelamat.
Ads
“Sekarang saya ditugaskan di ibu pejabat bomba Putrajaya dan saya hanya melakukan kerja-kerja pejabat.
“Saya memang rindu nak buat tugas penyelamatan seperti tolong orang atau menyelamatkan binatang tapi saya tidak tahu bila saya akan dipanggil semula,” katanya.
Terdahulu di AME2019, Syafiq Farhain tercalon untuk kategori Artis Baru MeleTop bersama calon-calon lain seperti Andi Bernadee, Luqman Faiz, Sarah Suhairi dan Eyra Hazali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah telah ‘membongkar’ rahsianya apabila dia sudah lama tidak menggoreng ayam meski sudah tiga tahun berkahwin dengan Muhammad Zulfadli pada Februari 2016.
Menerusi Instagram miliknya, dia berkongsi pelbagai jenis lauk yang cukup menyelerakan.
“1st time goreng ayam semenjak 3 tahun kahwin! Percaya tak? Ya kan Syg @zul.autkaz betul kan? Kenapa 1st time? Sbb selama ni Grill je semua lauk, x suka goreng, kan grill lebih sihat, lebih enak..
“Tapi semalam Bonda kena rasuk! Tak jumpa daun pudina kat pasar, so x jadi grill. Maka terhasillah idea ayam goreng acah2 #KFC masak lemak cili api ayam, sayur baby kobis (x ingat nama) with shitake mushroom, pulut kukus with bubur serawa durian as dessert. Haaa, kan dah kata Bonda kena rasuk, sampai semua menu bersantan dan bergoreng! Mmg ini jarang berlaku..
“Semua ni gara2 dah habis idea nak masak apa. Padahal nak sediakan menu special utk suami tercinta yg baru balik dr Istanbul. Maka terciptalah MENU TERLEBIH SIHAT ni. Takpe ya suami, sekali sekala kita bersantan.. Lain kali xde dah.. Back to GRILL & KUKUS,” tulis Yatt atau nama penuhnya Haryati Hamzah.
Pelakon dan pengacara Raja Farah Raja Aziz kini sedang sarat hamil anak keduanya.
Farah juga sempat berkongsi pengalamannya mengandungkan cahaya mata kedua hasil perkongsian dengan Iskandar Ismail.
“‘Assalammualaikum semua..Post ni sepatut nye nak buat Mlm smlm…but something else came up, so tergendala…ok here goes a little update on my pregnancy journey..
“1st of all gender baby….Mm..ada jugak yg dah teka Farah pregnant baby apa on my previous post..but….tak de yg teka betul… ? Sbb this time *** ? InsyaAllah,” tulis ibu kepada Imran Iskandar itu.
“2nd of all nak story sikit pasal some conditions I have to face in this pregnancy…masa pregnant 5 months, Farah kena admit di ward sbb ada gallstones dlm gallbladder..ttg yg ni, Farah akan cerita pnjg lagi dlm 1 post khas nnt..InsyaAllah..Mm..selepas 4 hari di ward, semua makin Baik..sakit perut pun dah tak de smpi skrg…syukur sgt ??
“3rd of all kedudukan baby…masa pregnant 33 minggu lebih hari tu, baby masih belum pusing kepala kebawah…tapi tak de lah merisau kan, Sbb masih ada masa utk baby pusing….tapi….Farah jadi risau balik, bila my gynae said, my amniotic fluid or air ketuban, tak cukup…dkt borderline je….jadi kemungkinan….baby susah nak pusing sendiri..
“Sbb Air ketuban tak byk…tapi Doctor tetap suruh pujuk baby utk pusing kan kepala kebawah..betul lah method tu…mmg bayi dlm rahim kita ni mendengar bila kita ckp dgn dia…so Farah selalu pujuk baby supaya pusing kebawah…termasuk lah Abg dia Imran tu..everyday akan ckp “baby….shinggg”… ?? so base on my 35 weeks checkup, Alhamdulillah….baby dah pusing…! Sekali lagi syukur sgt… ??
“Ttg Air ketuban pulak, so far belum ada good progress…masih di paras borderline…next check up will be next week pulak for 35 weeks pregnant…my gynae said, low amniotic fluid ni disbb kan gestational diabetes I had in this pregnancy..aih..!
“Mama suka mkn manis this time….tu yg Gula tinggi…akibat nye Air ketuban rendah…Doctor said antara, Air ketuban terlalu byk atau terlalu sikit bila Gula terlalu tinggi atau terlalu rendah…so again Farah down sikit..no more sweet foods & drinks for me…seharian minum plain water je skrg ni….sungguh terseksa rasa… ? sbb tekak mmg nak benda2 manis…tapi kena fikir kan utk kebaikan baby…Mama kena berkorban demi baby Mama ni…InsyaAllah…pray for my strength yea everyone…to be continue,” akhiri Farah.
Menerusi perkongsian pelakon filem Aku Masih Dara itu,dia kini sedang hamil 8 bulan dan tidak sabar menanti detik manis melahirkan cahaya mata keduanya.
Foto : IG Raja Farah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Awal malam tadi, pelakon jelita Fasha Sandha ada memuat naik sekeping foto anak pertamanya, Putra Rayfal Ramli yang kini sudah pun pandai mengikut solat secara berjemaah.
Menerusi foto yang dikongsikan itu, anak lelaki kepada pelakon Teratai Kemboja yang lengkap berkopiah itu dilihat berada di saf bersama kanak-kanak yang lebih berusia daripadanya.
“Alhamdulillah pandai ikut berjemaah solat, dan duduk diam2 dan behave waktu2 macam ni…Anak ibu dah besaq.. April ni cukup 6 tahun.. sapa nampak anak besaq masih macam baby?,” tanya Fasha.
Selain Rayfal, Fasha turut mempunyai seorang lagi anak perempuan iaitu Putri Raysha Jemyma hasil perkahwinan terdahulu bersama Rizal Ashram Ramli.
Fasha kini sudah pun bergelar tunangan kepada pelakon, Aidil Aziz.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu dan isteri, Watie Hanifiah bakal menimang cahaya mata perempuan pada April depan, menerusi pembedahan Caesarean.
Khabar gembira tersebut diumumkan dalam...