Berjaya melayari bahtera perkahwinan lebih empat dekad, pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan antara rahsia rumah tangganya mampu bertahan adalah disebabkan sikapnya yang suka memujuk.
Menurut Yusof, krisis di dalam rumah tangga merupakan perkara biasa namun, ia tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan.
“Pada saya, alam berumah tangga ini memerlukan kesabaran, tolak ansur dan pujuk memujuk. Sebagai lelaki, kita jangan anggap memujuk itu petanda kalah.
“Saya tidaklah sempurna tetapi rumah tangga saya mampu bertahan kerana sifat saya yang suka memujuk dan mahu mempertahankan perkahwinan.
“Kalau asyik berkahwin dan bercerai, ia seperti tiada kesudahan. Ini adalah petua yang telah diamalkan oleh ibu bapa saya. Arwah bapa saya seorang kaki pujuk.
“Tiada hubungan yang sentiasa tenang. Ada masa kita bertekak dan merajuk. Namun, suami isteri harus memainkan peranan dan bertolak ansur. Apapun, usaha harus dimulakan oleh suami,” katanya kepada MH.
Ads
Bapa kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Don Dukun yang berlangsung di GSC, Midvalley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Katanya lagi, para suami harus bijak memujuk dan mengambil hati isteri dan bukan hanya mengharapkan pemberian materialistik semata-mata.
“Cara saya memujuk adalah dengan kata-kata manis dan bukan dengan bunga. Pada saya, itu simbolik sahaja. Saya pun tak reti nak bagi bunga atau hadiah melainkan pada hari jadi.
“Pada saya, kata-kata dan perbuatan itu jauh lebih bermakna. Kalau bagi bunga tapi masalah sama masih berlaku, tak guna juga.
Ads
“Saya bercakap ini bukanlah bermakna saya sempurna atau kena jadikan contoh tapi ini nasihat saya sebagai orang tua yang sudah 41 tahun melalui proses perkahwinan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Yusof akui bimbang bila
melihat peningkatan kes penceraian sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi melibatkan pasangan selebriti.
“Ketika ini, saya tengok banyak kes penceraian yang berlaku. Kelmarin, saya terbaca kisah mengenai Diana Danielle dan Farid Kamil. Saya pun terperanjat juga.
Ads
“Sebelum ini, bila dia kembali rujuk dengan suami, saya dan isteri tumpang gembira. Itulah yang sebaiknya. Kata isteri saya, Farid pandai memujuk. Sama seperti saya.
“Jadi, saya agak sedih juga bila dapat tahu mereka mahu bercerau. Namun, kita tak tahu apa yang mereka lalui dalam berumah tangga. Kita hanya melihat secara rambang. Allah lebih tahu,” akhirinya.
Terdahulu, Yusof merupakan antara pelakon yang membintangi filem seram komedi terbaharu, Don Dukun.
Selain Yusof, filem arahan Wan Hafiz ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy dan Marsha Milan.
Don Dukun bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 31 Oktober ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kisah keluarga Miley Cyrus menjadi perhatian peminat hiburan antarbangsa dek pelbagai kisah yang menyelubungi keluarga popular itu.
Jika sebelum ini seperti yang ramai sedia tahu, bekas isteri Liam Hemsworth ini sudah tidak rapat dengan Billy Ray Cyrus sehinggakan dia langsung tidak menyebut nama ayahnya itu dalam ucapan terima kasih saat menang Anugerah Grammy buat kali pertama.
Kini, skandal terbaharu dilaporkan adalah berkenaan ibu Miley, Tish Cyrus-Purcell. Menurut laporan berita The Sun, wanita berusia 56 tahun itu telah berkahwin dengan Dominic Purcell yang merupakan teman lelaki anak bongsunya, Noah Cyrus!
What a weird coincidence right? Tish, 56, telah berkahwin dengan Dominic,54, pada Ogos tahun lalu. Menurut Tish, Dominic sebelum itu terlebih dahulu menghantar mesej kepadanya di Instagram pada 2016 namun dia tidak membalasnya.
Mereka kemudiannya saling berhubung pada 2022 ekoran perceraian Tish dan bekas suaminya, Billy Ray Cyrus. Namun begitu menurut sumber terdapat satu perkara pelik tentang hubungan Tish dan Dominic.
Ada sumber pula menyatakan bahawa Dominic sebenarnya telah bercinta terlebih dahulu dengan Noah Cyrus sebelum menjalin hubungan dengan ibunya.
“Noah sebenarnya berjumpa dengan Dominic sebelum Tish mula menggodanya. Sengketa di antara Tish dan Noah kini lebih teruk daripada apa yang semua sangka. Noah sangat bengang apabila ibunya sendiri merampas Dominic darinya,” kongsi sumber kepada US Weekly.
Noah tidak menghadiri perkahwinan ibunya bersama Dominic dan dilihat berpihak kepada ayahnya saat perbicaraan perceraian kedua orang tuanya berlaku. Walaupun begitu ada sumber menyatakan bahawa dia sebenarnya tidak dijemput.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hos dan penyanyi Taiwan, Alien Huang dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat mengalami kemalangan selepas terjatuh rumahnya di Taipei, pada Rabu.
Memetik Taiwan’s state Central News Agency (CNA), bintang berusia 36 tahun itu ditemui bapanya dalam keadaan tidak sedarkan diri di apartment yang didiami mendiang di bandar Taipei, kira-kira pukul 11 pagi pada Rabu (waktu tempatan).
Difahamkan ketika ditemui, Huang berada dalam keadaan terbaring di bilik tidur, di laluan berdekatan bilik air dengan air yang masih terpasang.
Huang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik bertugas.
Tiada sebarang objek atau kesan mencurigakan di lokasi kejadian.
Bagaimanapun, punca kematiannya masih disiasat dan proses autopsi mayat dijangka akan dilakukan pada Jumaat.
Untuk rekod, Huang memulakan kerjaya seninya sekitar tahun 2006 lalu.
Mendiang sinonim menerusi program 100% Entertainment dan pernah mengeluarkan beberapa buah album selain pernah menganggotai beberapa kumpulan boy band.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Faezah Elai ada berkongsi cerita perihal mengenai anak tirinya, menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Faezah, tugas dan peranan sebagai seorang ibu tiri adalah sangat mencabar bagi dirinya.
“So tomorrow is Adam’s birthday..
nope i dont wish my kids birthday on social media because depa tkdak socmed..
Saja nk share ngan ampa..
“Disbbkan cheq tkdak baby boy,so Adam ni mmg cheq jaga drp umoq dia 2 tahun.. walaupon dulu dia pening pasai apa dia ada 2 mak,and adik2 dia ada 1 mak..
“Tp lani dia dh paham sbb dia dh besaq.. walau cheq tk penah habaq that i’m his step mom..tk tau la sapa yg habaq..
“Adam dgn Aurora ni muka sama ikut daddy depa.. and he loves adik dia sgt and he is a protective brother.. tp adik2 dia masih pening pasai apa abg chik depa ada 2 mak.. and klu time abg chik depa nk balik kt mak sana,Dea and Aurora will asked why cant we come along with abg chik.. pening woo nk jwb..,” tulisnya.
Meski ikatan yang terjalin sebagai ibu tiri, Faezah memberitahu tetap menjalankan tanggungjawab dan memberikan kasih sayang dengan seikhlas hati.
“I’m quite strict with my kids including Adam.. that’s because i want him to understand how cruel this world is without ilmu Allah.. he sometimes gets annoyed when I keep asking about his solat (Mak2 sgt aku nih)
“I believe that most mommies mcm tu kan.. i was just hoping that someday he will be anak soleh for his parents.. not for me.. coz i’m aware that the end of day,mak kandung that matters..
“As for me,cukup setakat dpt ingat i am the one who taught him how to brush his teeth,shower,suap makan sampai pandai mkn sendiri..and also his first ABC and Alif baa taa..
“So step mom,lets do this bukan sbb nk tunjuk baik,tp buat sbb Allah.. #panjanglahpulakcaption #luqadamturned11 #mommylovesyou #imastepmom #feelingblessed #alhamdulillah,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Faezah atau nama sebenar, Noor Faezah Md Elai mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanafiah pada September 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Manakala Heykal turut memiliki tiga orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Foto: Instagram Faezah Elai
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!