Penyanyi, Hael Husaini mengimbau saat awal pembabitannya dalam misi menempa nama sebagai seorang penyanyi terkenal dalam industri hiburan tanah air.
Menurut penyanyi yang sinonim dengan lagu Jampi ini, dia akui perjalanannya sebagai penyanyi tidak berjalan dalam satu proses yang mudah.
Sebaliknya, Hael terapkan dalam diri agar tidak mudah berputus asa selama 16 tahun ini dalam usaha untuk capai sukses di dalam kerjaya yang diceburinya kini.
Ads
“Jangan pernah berputus asa dan saya tidak pernah berputus asa dengan apa yang saya lakukan sehingga sekarang. Itulah yang memberi saya laluan perjalanan untuk lebih berjaya.
“Kalau anda berputus asa maknanya anda tiada jiwa, kena kuatkan semangat,” katanya memberi inspirasi.
Ads
Malah jelasnya, andai bimbang berdepan cabaran, lebih baik untuk tidak lakukannya sedari awal.
“Saya berpendapat ia sama sahaja dengan konsep berniaga kalau anda cepat berputus asa. Kalau anda ada rasa takut lebih baik jangan buat.
Ads
“Apabila anda ingin melakukan sesuatu perkara tolong kuatkan semangat walau apa pun yang terjadi,” katanya lagi.
Hael berkata demikian ketika diundang sebagai tetamu jemputan di Carta Suria Top 40, di stesen radio Suria FM pada Sabtu.
Foto: Instagram Hael Husaini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas lima tahun mengukuhkan jenamanya sebagai pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus dedikasi di dalam meneruskan misinya.
Terbaru jenama popular dalam dunia pembelajaran itu melancarkan telah kempen 2 Juta Bangkit Belajar dalam satu majlis yang telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Rabu.
Bertemakan ‘Berjuta Kejayaan Bermula dengan Langkah Pertama’, usaha pusat ilmiah itu dilihat sejajar dengan objektinya demi menggalakkan pelajar terus belajar walau dalam apa jua situasi termasuk mengharungi pandemik COVID-19.
Bagaimanapun inisiatif berkenaan terbuka kepada pelajar tingkatan satu hingga lima dan serentak dengan kempen tersebut, penyanyi remaja Iman Troye turut diumumkan sebagai duta pusat ilmiah berkenaan.
Berkongsi mengenai perlantikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, mereka kini mempunyai dua orang duta.
“Kita kali pertama menggunakan khidmat dan pengaruh Mira Filzah sebagai duta. Seterusnya sejak awal tahun ini, anggota K-Clique, MK pula mengambil alih posisi itu.
“Sejak September lalu, Iman turut dipelawa sebagai duta selama setahun. Jadi sekarang kita ada dua duta, MK dan Iman,” katanya.
Cikgu Fana menambah, Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin dilihat mempunyai kredibiliti dan tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar untuk skor.
“Iman pun pelajar peringkat Diploma dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara(UiTM), Shah Alam. Saya dapat tahu, dia antara pelajar yang cemerlang dan mendapat sijil dekan.
“Dia memang boleh jadi inspirasi kepada pelajar lain. Malah Iman turut merakamkan lagu jingle 30 saat berjudul Pilih PTTI yang disadur daripada lagu popularnya, Teman,” katanya lagi.
Sementara itu, Cikgu Fana menjelaskan sasaran 2 juta pelajar dalam kempen terbabit diberi secara percuma untuk belajar dalam talian menerusi aplikasi pembelajaran, PTTI Better Result selama sebulan.
“Bermula 27 Oktober hingga 27 November depan, kita buka kuota belajar percuma dalam talian untuk 2 juta pelajar ini. Kita sedar ramai golongan ini terkesan akibat pandemik dan terus bangkit membiasakan fasa peralihan endemik.
“Mereka dari tingkatan satu hingga lima, boleh memuat turun aplikasi PTTI Better Result dan selepas itu boleh belajar secara ‘live’ mengikut jadual yang ditetapkan.
“Kita bagi percuma sebulan ini sebagai rangsangan kepada usaha tak kenal jemu membantu pelajar. Lagipun pembelajaran dalam talian sudah menjadi ‘trend’ dan tuntutan semasa saat ni,” katanya.
Ditanya kenapa membuka peluang kali ini kepada pelajar lain dan bukannya calon SPM, Cikgu Fana percaya usaha belajar awal itu tidak pernah menjadi satu kerugian.
“Sebab kita nampak lagi awal pelajar itu mulabelajar, makin mudah dan cepat untuk mereka ini menjadi cemerlang. Dengan rekod kejayaan membantu pelajar SPM, kita percaya PTTI boleh bantu lebih ramai lagi pelajar untuk cemerlang dalam pembelajaran.
“Misi kita sendiri mahu menawarkan pembelajaran yang konsisten menerusi teknik mudah untuk meningkatkan kefahaman dan prestasi dalam pembelajaran pelajar
“Kita menyeru semua pelajar mengambil peluang untuk skor dalam pembelajaran kerana mereka ini mampu untuk mendapat keputusan cemerlang,” katanya.
Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah barisan pelajar cemerlang SPM2020 selain single terkini Iman yang berjudul Nang turut dilancarkan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Azhan Rani menyatakan hasratnya untuk menjadi penyampai radio.
Impian itu dikongsikan Azhan Rani ketika bertemu secara empat mata dengan penyampai radio, Fara Fauzana di konti Hot FM pada pagi Jumaat.
Bagaimanapun, sejurus mendengar perkongsian Fara atau lebih mesra dengan sapaan Fafa, bintang drama bersiri, Nur ini terpaksa melupakan perkara tersebut.
“Dah lama tak dijemput datang ke sini. Dok depan mic je aku feeling macam DJ. Macam best pulak jadi DJ ni.
“Tapi bila @therealfafau cakap tiap pagi pukul 4 dah kena bangun tido, aku kata bye2 la. Kalau tak memang aku siap bawa toto dengan bantal kat studio ni.
“Thank you jugak #rakyatrangers yang ajak sembang2 pasal mini drama @foodpandamy pagi ni #deliverykehatiseri yang akan mula ditayangkan @tv3malaysia bermula 11 october ini jam 7:58 sebelum buletin utama,” tulisnya.
Pada masa sama, Azhan turut berkongsi lanjut mengenai pelakon lain yang turut sama terlibat di dalam projek berkenaan.
“Ia sebuah drama 2 minit yang sangat indah. Tunggu! #takkantaktahu #foodpandamalaysia #tangerinepictures,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram.
Pelakon, Jasmin Hamid meluahkan rasa syukur apabila dapat kembali berkerja seterusnya menjalani baki penggambaran drama, Cukup Derita Itu.
Jadual penggambaran drama rantaian berkenaan sebelum ini telah tertangguh akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.
Jasmin yang memegang watak Mak Ngah Gayah menerusi drama tersebut memberitahu, ada pelbagai konflik dalam jalan cerita yang akan dipersembahkan kepada para penonton tidak lama lagi.
“Selepas beberapa bulan kami di cutikan sebab PKP. Akhirnya dengan izin Allah, kami disatukan kembali dalam satu frame untuk habiskan kerja yang tertangguh.
“Uols janji ok. Jangan pecahkan TV dan istighfar banyak-banyak bila kami kembali di kaca TV rumah uols tak lama lagi.
“Macam-macam onar akan timbul lagi lepas ni..Kita kasi api @ladydidiemsia @lia_natalia @dianpramlee.
“COMING SOON. The making of Drama #cukupderitaitu Karya Puan @sitirosmizahsemail Hebat Bukan?,” tulisnya.
Drama Cukup Derita Itu arahan Along Kamaludin itu dibintangi barisan pelakon seperti Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Lia Natalia dan ramai lagi.
Sebelum ini, drama ini turut mendapat perhatian serta pujian daripada penonton setia drama tempatan.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...