Tidak selesai lagi isu penari separuh bogel yang memeriahkan sesi persandingan pelakon dan model, Ahya Rosli baru-baru ini.
Lalu menerusi Instagram ibunya, Normah Damanhuri pula dihujani pelbagai reaksi dan kritikan netizen.
Rata-rata netizen meluahkan ketidakpuasan hati atas apa yang berlaku. Malah ada yang menyifatkan pelakon senior itu sebagai ibu sepatutnya mendidik anak ke arah kebaikan, bukan membisu.
“Kasih sayang yang tak pernah usai.. Alhamdulillah.. 6-4-2019.
“Majlis persandingan anak soleh mama dengan menantu kesayangan mama shahirah,” tulisnya pada entri foto di Instagram.
Malah, gelaran anak soleh yang diberi kepada Ahya dipersoal netizen gara-gara tindakannya yang disifatkan memalukan.
Ads
Ahya bagaimanapun menerusi laman Instagram telah menutup ruangan komen dan menyifatkan netizen sepatutnya membetulkan diri dan keluarga terlebih dahulu.
Ads
“Anjing dah xleh comment. kahwin pun viral. Comel je. Terima kasih bagi nasihat. Tapi sebelum nasihat org, betulkan diri ngan keluarga sendiri dulu.”
Pelakon dan ushawan, Didie Alias mengakui risau dengan masalah sosial kini di kalangan anak muda, khususnya mengenai penyebaran video yang berunsur lucah.
Sebagai ibu kepada anak-anak yang sedang meningkat remaja, sudah pastinya situasi berkenaan menyebabkan bintang ini lebih peka terhadap kegiatan sosial mereka.
“Memang saya cukup risau. Malah saya pernah beritahu mereka, janganlah kau buat perkara yang bukan-bukan. Aku ni kerja dari pagi sampai ke Subuh, tak menentu mencari rezeki.
“Kau kena jaga nama Mak, Didie Alias. Aku sudah 30 tahun dalam industri. Kalau tercalit sikit saja nama aku, habis semuanya. Usah buah benda-benda yang boleh memalukan aku. Itu sahaja yang aku minta,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, pelakon Plan Cinta ini bersyukur kerana setakat ini, anak-anaknya masih menjaga nama baik keluarga. Malah, ada di antara mereka yang turut berjaya dalam akademik hingga menjadi inspirasi peminat.
Berkongsi mengenai perkara tersebut, Didie mengakui dia tiada rahsia tertentu dalam mendidik anak-anak. Memadai dengan doa seorang ibu yang dirasakan senjata paling ampuh dalam membentuk sahsiah yang baik buat mereka.
“Sebagai ibu, saya hanya doakan yang baik-baik sahaja untuk semua anak-anak. Ia senjata paling bagus.
“Moga mereka mendengar kata dan jaga tatasusila, itulah yang saya sentiasa doa dan harapkan. Sebab jangan dibuat main, doa ibu ni ‘bisa’,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Didie pernah berkahwin dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 1992 dan berpisah pada 2002. Mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Nur Dhaniyah, Muhammad Daniel, Nur Dania, Nur Diyana dan Nur Dayani.
Sementara menerusi perkahwinan kedua, Didie bernikah dengan Norisham Ismail pada tahun 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan.
Didie ditemui pada majlis sidang media Bazaar Raya Kuala Lumpur 2019 (BRKL2019) di PWTC, Kuala Lumpur pada Isnin yang turut menyaksikan Nuc Car sebagai pengangkutan rasmi BRKL tahun ini.
Ditanya mengenai dua projek yang kini dijayakannya iaitu Le Fest dan BRKL2019, Didie turut memberi penjelasan agar tiada kekeliruan.
“Le Fest sekarang dah masuk tahun yang ketiga dan ia memang ada beza dengan BRKL2019. Le Fest saya terbangkan peniaga termasuk usahawan selebriti selama tiga hari sempena musim raya untuk berkampung di Sabah atau Serawak.
“BRKL2019 pula saya kerjasama dengan mereka memandangkan saya sebelum ini sudah ada database usahawan selain ada juga para artis yang gemar berniaga.
Malah di sini pun kami sediakan lebih banyak vendors buat yang berminat untuk sertai. Pelbagai aktiviti menarik akan kami sediakan termasuk cabutan bertuah.
“Pada masa sama, pengunjung juga bakal dihidangkan dengan persembahan selebriti,” katanya yang turut bertindak sebagai penasihat untuk KL Bazaar Raya tahun ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, sinaran bintang Siti Nordiana sejak menjuarai program Gegar Vaganza musim kedua terutamanya kian menyerlah.
Satu demi satu tawaran hadir dan dia kini turut aktif dalam lakonan.
Terdahulu, lagu duetnya bersama Jaclyn Victor turut bertanding sebagai antara 12 lagu yang bakal bersaing di Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) Februari lalu.
Malah, dia dan protogenya, Zaaim muncul sebaagai juara program Mentor 7 dan terbaru, namanya dijulang sebagai Artis Top Top MeleTop Wanita di Anugerah MeleTop 2019.
Lalu, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Terpaut Sayang Padamu ini ditanya apakah pencapaian sukses yang diraih kebelakangan ini ibaratnya meletakkan diri naik setangga di dalam liga lain dalam seni.
Katanya, tiada apa yang berubah. Dia masih seperti dulu.
“Alhamdulillah. Bagi saya ini rezekilah. Ia terpulang kepada peminat yang melihat. Bagi saya, sama saja. Kemenangan di AME tahun ini menjadi inspirasi buat saya berikan yang lebih baik buat peminat.
“Sebagai rasa terima kasih kepada mereka, saya perlu berikan yang terbaik. Apapun syukur dengan pencapaian ini kerana saya memang tak jangka.
“Iyelah, saya ni boleh dikata senior dan pengikut di media sosial pun tidaklah semeriah rakan artis baru lainnya,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Nana juga turut memberitahu tahun ini, genaplah 20 tahun dirinya terlibat dalam dunia seni.
“Dalam tempoh dua dekad, macam-macam yang saya belajar. Sama ada ia baik atau sebaliknya, ia tetap jadi pengalaman yang mematangkan diri,” jelas Nana lagi.
Sementara itu, Khai Bahar pula dinobatkan sebagai Artis Top Top MeleTop Lelaki.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.