“Kalau Aku Tau Ko Akan Cantik Sebegini Rupa…,”- Memori Raja Lawak 3, Gurau Senda Shuib & Jihan Muse Buat Ramai Geli Hati!

Share

Terbaru, pengacara Jihan Muse ada memuat naik sekeping foto di Instagram.

Tampil serba merah, ia merupakan penampilan pertamanya di Gegar Vaganza 6, Ahad lalu.

“GV6 WEEK 1 Tema : Merah Makngah .#jihanglamsquids,” tulisnya.

Dalam pada itu rakan pengacara, Shuib telah memberikan komen yang menghiburkan di entri tersebut.

“Klu aku tau ko akan cantik sebegini rupa,masa mgu pertama Rajalawak 3 aku dah mengorat kau,,tp malangnya waktu tu kau membutakan mata aku @jihanmuse,” tulis Shuib di ruangan komen gambar tersebut,” tulis Shuib.

Menghiburkan apabila hos rancangan Gegar Vaganza itu turut memberikan respon terhadap komen yang diberikan oleh Shuib.

“@shuibsepahtu nasib baik aku tau ko akan kekal sebegitu,” balas Jihan.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat Jihan bersama Shuib.

Foto: Instagram Jihan Muse

IKLAN