“Kalau Adik Tahu Lagu Ni Sebenarnya Lagu Ketuhanan…,” – Fedtri Yahya Komen Nyanyian Viral Nuha Bahrin

Share

Pengacara dan komposer terkenal, Fedtri Yahya ada memberikan komen terhadap nyanyian Nuha Bahrin yang telah berentap di pentas Vokal Mania pada Ahad lalu.

Fedtri atau nama penuhnya Ahmad Fedtri Yahya memberitahu lagu Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah ada sebuah lagu yang berunsur ketuhanan.

Lalu, Fedtri berpendapat nyanyian Nuha ketika membuat persembauab untuk lagu tersebut di pentas Vokal Mania di lihat kurang menyengat.

“Kalau adik tahu lagu ni sebenarnya lagu ketuhanan, adik takkan nyanyi macam ni,” tulisnya.

Malah, nyanyian Nuha itu juga mendapat perhatian dan kritikan daripada penonton.

Bagaimanapun, Nuha telah memohon maaf secara terbuka mengenai perkara tersebut menerusi laman media sosial Twitter miliknya.

Program realiti nyanyian Vokal Mania bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di TV3.

Foto: Twitter Fedtri Yahya

IKLAN