“Kalau Ada Yang Betul-Betul Patah Hati, Maafkan Saya,” – Biar Kini Statusnya Suami Orang, Remy Ishak Janji Akan Terus Hiburkan Peminat

Share

Tidak dinafikan, masih ada peminat yang masih memperkatakan mengenai majlis perkahwinan aktor, Remy Ishak yang sudah pun menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan hati, Ezza Yusof.

Sejak daripada pengumuman tersebut, pelbagai reaksi telah diberikan, termasuklah beberapa hantaran berbentuk video yang seolah-olah ‘patah hati’ dengan keputusan yang dibuat bintang berkenaan.

Menerusi hantaran terkini di laman Instagram, Remy memaklumkan dia amat menghargai ‘konten-konten’ sedemikian malah turut menyifatkan ia sangat menghiburkan hatinya.

“Sejak dua hari lepas banyak betul message dari kawan-kawan dan family yang forward video seperti ini.

“Saya tahu mereka semua adalah peminat dan penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya, tapi kalau ada yang betul-betul patah hati, tolong maafkan saya,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Keluarga Bahadon itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikempatan itu, Remy turut memohon maaf seandainya dia ada menyakiti hati mana-mana pihak.

Katanya lagi, meskipun kini dia telah pun berumah tangga, namun dia akan tetap terus komited dalam menghiburkan hati peminat menerusi karya-karyanya yang akan datang.

Malah, Remy juga turut dilihat menitipkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah menyokongnya selama ini.

“In shaa Allah saya akan tetap akan menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang. Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya,” luahnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi tersebut selain turut mendoakan semoga perkahwinan yang dibina akan kekal bahagia hingga akhir hayat

“Tak mengapa, yang penting Abang Remy Ishak bahagia. Congrats Remy dan Ezza. Semoga berbahagia hingga ke jannah.

“Janji Remy bahagia. Kami pun bahagia.

“Hahaha kami bergurau je. Apapun, kami tetap sokong Remy Ishak. Hero kami,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Terdahulu, dengan hanya sekali lafaz, Remy, 39 telah pun sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Ezza Yusof, 38 dalam sebuah majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Negara pada Sabtu.

Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan berwalikan abang pengantin perempuan, Rozman Yusof.

Sumber: Instagram Remy Ishak & Ezza Yusof, @riseandwin.asia

IKLAN