Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa gembira apabila kejayaan yang ditunjukkan para petugas barisan hadapan (frontliners) menjadi ‘wira’ negara berdepan menangani wabak pandemik, COVID-19.
Aznil atau mesra disapa Pak Nil turut berkongsi sepotong video para petugas dalam sektor kesihatan bersorak kegembiraan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu.
“Takpelah bagi lah mereka melepas perasaan gembira setelah PKPP diumumkan. Kami rasa kamu semua berhak atas kejayaan setakat ini!,” tulisnya.
Malah, Pak Nil turut menawarkan untuk mengacara secara percuma sekiranya terdapat majlis meraikan wira barisan hadapan itu.
Ads
“Kalau ada majlis meraikan semua Wira2 Frontliners ni, #paknil volunteer jadi Pengacara Majlis FOC!!! Tahniah Malaysia!”tulisnya.
Nadzmi Adhwa berkongsi momen istimewa isteri, Ardell Aryana ketika berada di dalam wad untuk proses bersalin.
Ardell kelihatan sebak dan menangis memohon agar doktor membantu memudahkannya untuk melahirkan anak. Malah si suami turut memberikan kata-kata semangat dan menyatakan rela andai rambutnya ditarik sewaktu proses melahirkan berlaku.
“Sayu hati. Masuk ward malam ni. Thankyou Dr Kam.
“Minta doakan isteri saya dan baby kami @babyadhwardell dipermudahkan ya. Kalau ada kami mengguriskan hati minta ampun maaf ya.
“Awak kuat saya tahu, semoga Allah merahmati awak dan permudahkan semua.
“Saya ada sebelah nak tarik rambut saya tarik la nanti ya.Sayang awak @ardellaryana. Selamat Berjuang 💪🏻👶🏻@ardellaryana @babyadhwardell,” kongsinya.
Lalu, posting yang merakamkan aksinya yang sedang memangku bayi comel itu menerima reaksi positif peminat, termasuk rakan pemain bola yang rata-ratanya memberikan ucapan tahniah buatnya dan isteri.
Terdahulu, Nazmi dan isteri, Nurul Yasmin mendirikan rumah tangga pada November 2017 lalu.
Usahawan, Safiey Illias mendedahkan pernah mengalami depresi dan Bipolar Disorder iaitu seterusnya yang menyebabkan emosi berubah-ubah.
Sambil menzahirkan ucapan terima kasih buat kedua orang tua yang banyak menyokong, usahawan ini juga mengakui hal tersebut menyebabkan dirinya bagaikan tidak tentu arah selama enam bulan.
“Sayang mak dan ayah. Semoga mak dan ayah saya sentiasa sehat dn mendapat redha Allah. Terima kasih mak dan ayah sebab sentiasa ada waktu susah dan senang.
“Sewaktu saya depresi, bertarung dgn bipolar disorder, mak dan ayah puas hantar berubat sana sini. Igt lg jam 3 pagi tebangun tido, mak tgah baca yaasin. Baru lepas solat hajat dan tahajud. Bagi saya minum mgharapkan saya sihat. Boleh bisnes mcm biasa.
“6 bulan mcm org gila, blur. Mandi pun xnk . Makan ikut mood. Tidur x menentu. Ada kala mood happy, ada kala mood boleh jd marah2 dan sedih tiba2.
“Saya jadi lara. Saya jadi lain sgt2. Anti sosial. Takut jumpa org. Tak ada keghairan pada apa jua aktiviti.
“Lama saya sturggle nak cari diri saya yg dulu, nak cari happy yg dlu. Ditimbun dgn pelbagai masalah dan beban serta pengkhianatan,” kongsinya.
Berkat doa dari kedua orang tuanya, usahawan kosmetik itu bersyukur kerana kesihatannya kembali normal dan stabil.
“Hari2 mak ayah doa, harap cpt sihat. Boleh bisnes balik. Belum campur dgn segala unsur santau dan sihir. Mcm2 lah saya hadap.
“Tapi akhirnya saya makin pulih alhamdulillah. Dan saya terus bangkit bila melihat muka mak dan ayah. Sampai bila dibelenggu depresi ini. Tak akan hari2 fikir bila Izrael nak datang menjemput mati.
“Masa tu mmg dh x ada harapan. Nk bahagia mahupun berjaya. Mereka, terus tertawakan saya.
“Sabarlah, esok pasti akan ada pelangi muncul. Bukanlah sekadar mgharap Izrael bertanya khabar. Doakan saya sihat dan boleh bisnes semula, Amin !,” akhirinya.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.