Susulan insiden gaduh mulut melibatkan selebriti versatil, Ifa Raziah dan penyanyi dangdut Sheeda malam tadi, Ifa ketika dihubungi MH memberitahu, setakat ini dia tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan berhubung isu yang dimenurutnya, telah mencemarkan nama baik dirinya sebagai selebriti.

Kata Ifa, adalah lebih baik dia mendengar penjelasan daripada penyanyi lagu Angkat Kaki itu sebelum memberikan kenyataan balas.

IKLAN

“Saya tunggu dia bagi statment dulu, baru saya jawab. Sudah penat nak melayan drama. Jadi lebih baik saya dengar dulu apa yang dia ingin perkatakan,” jelas Ifa.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku adalah di luar jangkaan, Ifa yang turut sinonim sebagai pengacara dan penyanyi ini turut menegaskan, insiden yang berlaku itu tiada kena mengena dengan hal ketika mereka menghadiri majlis di istana.

IKLAN

“Saya nak tegaskan, hal tersebut bukan berlaku di kawasan istana seperti yang dikatakan segelintir pihak. Sebaliknya, ia berlaku di sebuah kawasan parkir kereta di sebuah pusat membeli-belah.

“Daripada nak fitnah hal yang bukan-bukan, lebih baik pergi tanya pada dia (Sheeda) apa yabg berlaku sebab dia yang mulakan dulu. Bukan saya. Kalau ada lagi sedutan video yang dia nak muat naik, silakan,” tegas pengasas jenama Solid Molid ini.

Sekitar jam 10.00 malam tadi, Sheeda ada memuat naik sedutan video yang dipercayai dirakan anaknya sendiri, Bienda menyaksikan dirinya telah terjah sambil bertanya kepada Ifa apa sebab dia memburuknya dirinya di dalam sebuah program televisyen.

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BlDj3amh7c5/?hl=en&taken-by=mediahiburanofficial

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI