MH pasti ramai yang kenal dengan pelakon cantik, Zarina Anjoulie yang berani dan lantang untuk menyuarakan pendapatnya tentang pelbagai isu di media sosial.

Baru-baru ini MH ada terlihat satu perkongsian Zarina di Instagramnya meminta tolong daripada semua jika suatu hari nanti dia sudah tidak ada lagi, dia mohon jangan biarkan anak lelakinya berpakaian seperti perempuan dan memakai alat solek untuk membuat review produk di Instagram.

Di ruang kapsyen perkongsian Zarina ini dia menyatakan bahawa pertolongan yang diminta ini adalah lebih kepada jasa baik orang ramai untuk menegur anaknya jika melakukan perkara yang disebut dalam gambar screenshot yang dikongsi olehnya.

IKLAN

“sorry bukan ada lesen more like I minta Jasa baik korang utk ketuk kepala Dia n put some sense in his head. Kadang kita tak suka Tapi kalau jadi Kat anak laki kita hmmm mencapap kang. Plus I rasa i dah cukup memalukan Hahaha Tak yah anak aku plak nk tambah ajinamoto,” tulis Zarina di ruang kapsyen.

Rata-rata pengikut dan peminat kepada pelakon ini nampaknya bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Zarina dan berdoa agar anak zarina juga anak-anak mereka dijauhkan daripada perkara-perkara negatif.

bayusitadewi: Seriously 100% agree with you, anju!

hanafibinhanif: Moga ank ank kita d jauhkan dr bnde2x yg ngtf ..sme sme la kita kn anju

IKLAN

xairafuhh: Setuju, nowadays teenagers byk buat benda bodoh just to get money, ig reviews lagi laa…

shida_ag: Aunty like u anju.. u are a very realistic person. If i jumpa anju mana2, aunty nak peluk anju tight2

IKLAN

Bagi MH, memang tak dapat dinafikan dalam dunia yang serba moden ini ramai anak muda yang menolak soal halal haram hanya untuk mendapatkan keuntungan.

Apapun kita doakan saja yang baik-baik untuk anak-anak kita. Semoga mereka membesar dengan baik dan diberikan akal fikiran yang sempurna untuk membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI