“Kalau 20 tahun saya boleh sabar, sikit lagi saya kena sabar. Apa pun, saya akan ikut prosedur yang telah ditetapkan pihak mahkamah dan berharap ia dapat selesai dengan baik.,” kata penyanyi Berpisah Jua ini kepada MH.

Ditanya pandangannya terhadap ketidakhadiran suaminya itu, Ziana memberitahu jika dia (Armin) ada rasa tanggungjawab, dia perlulah hadir.

“Kalau kita ada tanggungjawab terhadap satu sama lain, kita sepatutnya hadirlah,”jelas Ziana.

Ziana dan suaminya itu mendirikan rumah tangga pada pada 9 Mei 1998 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.