Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Media Hiburan kini berada di dalam aplikasi   
Home Uncategorized “Kalau 20 Tahun Saya Boleh Sabar, Sikit Lagi Saya Kena Sabar,” –...

“Kalau 20 Tahun Saya Boleh Sabar, Sikit Lagi Saya Kena Sabar,” – Ziana Zain

Penyanyi terkenal, Ziana Zain yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pagi Khamis memberitahu, dia tiada masalah untuk bersabar melibatkan kes perceraian bersama suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, yang masih berjalan.

Terdahulu, Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, hadir ke mahkamah untuk sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai.

Bagaimanapun, hanya Ziana yang hadir bersama peguamnya, Yusfa Hanis Yusoff sementata Armin pula tidak menghadirkan diri ke sesi berkenaan tanpa sebarang pemberitahuan kepada pihak mahkamah.

IKLAN

“Kalau 20 tahun saya boleh sabar, sikit lagi saya kena sabar. Apa pun, saya akan ikut prosedur yang telah ditetapkan pihak mahkamah dan berharap ia dapat selesai dengan baik.,” kata penyanyi Berpisah Jua ini kepada MH.

Ditanya pandangannya terhadap ketidakhadiran suaminya itu, Ziana memberitahu jika dia (Armin) ada rasa tanggungjawab, dia perlulah hadir.

IKLAN

“Kalau kita ada tanggungjawab terhadap satu sama lain, kita sepatutnya hadirlah,”jelas Ziana.

Ziana dan suaminya itu mendirikan rumah tangga pada pada 9 Mei 1998 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.

IKLAN

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI