Pelawak Saiful Apek ada berkongsi rasa sedihnya apabila kehilangan kakak sulungnya, Fatimah Be Hussain pada Sabtu, 25 Ogos lalu.

Hero filem Cicakman ini turut memaklumkan, kali terakhir dia bersua dengan arwah kakaknya itu sekitar dua tahun lalu dalam keadaan kurang sihat.

Apek ada berkongsi mengenai hal tersebut menerusi Instagram, semalam.

IKLAN

“Kakak sulung sy (kandung seBapa, lain Ibu) telah pulang ke Rahmatullah pd 25/8/2018 (Sabtu lepas) 3pm & telah selamat dikebumikan di Bukit Hijau, Baling.

 

“Setelah berpisah hampir lebih 40 tahun, b’jumpa buat kali pertama semasa sedang promosi filem di Penang lebih kurang 10 tahun dulu (2007/2008). ketika itu sy sdg berada di dalam kanopi belakang pentas dlm sebuah mall, bila sy diberitahu oleh seorang guard, ada seorang perempuan berumur teringin nak jumpa & katanya dia Kakak sulung sy,” tulis Apek merakam kembali momen bersama Allahyarham.

Apek turut memberitahu pada awalnya dia turut terfikir mengenai sejak bila dia mempunyai kakak memandangkan situasi berlaku dengan pantas ketika itu.

“Mula2 terfikir gak, sy ni yg paling sulung & mcmna plk sy boleh ada Kakak? sy pun minta guard tu bawak masuk & terus beliau menerpa memeluk sy dlm keadaan teresak2, hingga kena tunggu hampir 15minit utk tenangkan keadaan sbb tak dapat nak faham ape yg dicakapkan dlm keadaan yg sebegitu.

 

“Akhirnya diceritakan situasi & siapa dirinya yg sebenar. lepas tu, sy plk yg peluk sambil menangis teresak2 & Kak Long sy yg t’diam sambil pujuk & tenangkan sy plk. selepas pd tu, dapat b’jumpa beberapa kali & kali terakhir jumpa 2 tahun lepas, dlm keadaan beliau tidak berapa sihat,” tulisnya lagi.

Pada masa sama, Apek turut menambah, setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada sebabnya.

IKLAN

“Apa yg boleh sy perkatan di sini, “tiada kejadian yang dijadikan kebetulan”.

 

“Mohon halalkan hutangnya, maafkan kesalahannya, doakan yg baik2 & sama2 hadiahkan Surah AL FATIHAH buat ALLAHYARHAMAH Fatimah Be binti Hussain,” kongsinya panjang lebar.

View this post on Instagram

Kakak sulung sy (kandung seBapa, lain Ibu) telah pulang ke Rahmatullah pd 25/8/2018 (Sabtu lepas) 3pm & telah selamat dikebumikan di Bukit Hijau, Baling. Setelah berpisah hampir lebih 40 tahun, b'jumpa buat kali pertama semasa sedang promosi filem di Penang lebih kurang 10 tahun dulu (2007/2008). ketika itu sy sdg berada di dalam kanopi belakang pentas dlm sebuah mall, bila sy diberitahu oleh seorang guard, ada seorang perempuan berumur teringin nak jumpa & katanya dia Kakak sulung sy. mula2 terfikir gak, sy ni yg paling sulung & mcmna plk sy boleh ada Kakak? sy pun minta guard tu bawak masuk & terus beliau menerpa memeluk sy dlm keadaan teresak2, hingga kena tunggu hampir 15minit utk tenangkan keadaan sbb tak dapat nak faham ape yg dicakapkan dlm keadaan yg sebegitu. akhirnya diceritakan situasi & siapa dirinya yg sebenar. lepas tu, sy plk yg peluk sambil menangis teresak2 & Kak Long sy yg t'diam sambil pujuk & tenangkan sy plk. selepas pd tu, dapat b'jumpa beberapa kali & kali terakhir jumpa 2 tahun lepas, dlm keadaan beliau tidak berapa sihat. apa yg boleh sy perkatan di sini, "tiada kejadian yang dijadikan kebetulan" Mohon halalkan hutangnya, maafkan kesalahannya, doakan yg baik2 & sama2 hadiahkan Surah AL FATIHAH buat ALLAHYARHAMAH Fatimah Be binti Hussain. ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ • آمِّينَ

A post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek) on

IKLAN

Takziah diucapkan buat Apek sekeluarga. Semoga roh arwah dicucuri rahmat, al-Fatihah.

Foto: Instagram Saiful Apek

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI