Kakak Sulung Azhar Sulaiman Meninggal Dunia, Al-Fatihah Dan Salam Takziah

Share

Pelakon, Azhar Sulaiman ada berkongsi berita yang memaklumkan kakak sulungnya, Kamariah Sulaiman yang telah pergi mengadap Illahi kira-kira jam 11.58 malam Isnin.

Berita tersebut dikongsi Azhar menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Lalu, pelakon berusia 49 tahun ini meminta jasa baik ramai agar mendoakan arwah kakaknya.

“Al fatihah buat Arwah Kakak Sulong Mami, Kak Kamariah Sulaiman.

“Semoga Allah akan menempatkan Arwah Kakak Mami bersama orang orang yang beriman. Amin.,” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti serta peminat menitipkan ucapan salam takziah buat Azhar sekeluarga.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Video: Instagram Azhar Sulaiman

IKLAN