(TAKZIAH) Salam takziah MH Online ucapkan kepada Eyka Farhana yang telah kehilangan satu-satu kakaknya, Wan Anis Farhana pada 23 Ogos lalu.

Menerusi foto-foto yang dimuat naik oleh Eyka di Instagram, Eyka nampaknya cukup sukar buatnya untuk menerima hakikat kehilangan kakak tercinta.

Beberapa keping foto saat manis dia bersama kakaknya dikongsi menerusi laman Instagramnya.

“Yaallah, kau maha berkuasa yaallah. Tak sangka semalam hari terakhir dapat peluk cium kakak , dapat tengok akak tenung semua orang. Tapi ini lah jalan yang buat kakak tenang, di syurga tempat kakak , adik doakan akan bahagia di dunia sebenar kakak. Alhamdulillah tanpa apa halangan kakak eyka Wan Anis Farhana Selamat dikebumikan. Adik rindu kakak sangat2 , tunggu adik dekat sana ya. -Al-fatihah -”

Kakak Eyka Farhana Meninggal Dunia

IKLAN

Ruangan komen di instagram Eyka juga dihujani pelbagai reaksi daripada pengikutnya di laman sosial yang turut berkongsi berita duka itu.

Kakak Eyka Farhana Meninggal Dunia


Kakak kepada Eyka telah menghembus nafas terakhir di kediaman keluarga di ibu negara kira-kira jam 11.40 malam.Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheras Baru dekat sini.

IKLAN

Dikhabarkan,kesihatan arwah mula merosot sejak beberapa bulan lalu dan Allahyarham meninggal dunia dalam keadaan tenang.

Sementara itu, Eyka juga berkata, walaupun Anis seorang OKU namun arwah mampu menunjukkan respon dan faham apabila mereka bercakap dengannya.

IKLAN

Semoga Arwah ditempatkan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan rohnya sentiasa dirahmati ALLAH SWT.

Kakak Eyka Farhana Meninggal Dunia

Kakak Eyka Farhana Meninggal Dunia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI