Kakak Bekas Penyampai Berita TV3, Saiful Nizam Ismail Meninggal Dunia

Share

Berkongsi berita duka di pagi Jumaat yang mulia, kakak kepada bekas penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail baru sahaja menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

“Jumaat penuh barakah, hari ini, kakak kesayangan saya dunia dan akhirat, Mariani binti Ismail telah kembali bertemu penciptanya. Tenanglah kak long di sana. Al Fatihah,

” tulisnya di paparan foto yang dikongsi.

Status sama turut dikongsikannya menerusi IG Stories.

Sebelum ini isterinya, Aida ‘Gadis Melayu’ sebelum ini memuat naik sekeping gambar dia bersama kakak ipar sewaktu di Tanah Suci Mekah dan memohon doa agar wanita itu diberikan kesembuhan.

“Mohon semue kesayangan aida same2 doakan moga Allah pelihara kesihatan Kakak Ipar Aida Mariani Ismail.

“Moga doa kite dipagi JUMAAT penuh barakah ini diangkat Allah sbg penawar untuknya,” tulis Aida atau nama lengkapnya, Khairul Noormaaidah Zali.

Bagaimanapun, tidak diperincikan mengenai sebab kematian arwah.

Salam takziah dan semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Foto : Instagram Saiful Nizam Dan Aida

IKLAN