Kaka Azraff Umum Jantina Anak Sulung, Warna Biru Simbolik Bayi Lelaki!

Share

Penyanyi, Kaka Azraff membuat kejutan buat peminat apabila mengumumkan jantina anak dalam kandungannya kini berusia lapan bulan.

Menerusi perkongsian Insta Stories rakannya, Alicia Amin yang juga merupakan seorang model, Kaka dan suaminya, Adam Azriff telah meraikan majlis baby shower di sebuah kafe di Subang pada malam Ahad.

Menerusi video tersebut, pemilik nama penuh Nor Atiqa Noor Azraff ini mula ‘memecahkan’ belon berbentuk berlian, lalu cebisan kertas berwarna biru jatuh bertaburan.

Sekali gus, ia mendapat sorakan orang ramai sebaik sahaja Kaka mengumumkan jantina anaknya.

Untuk pengetahuan, warna biru adalah simbolik bayi lelaki, manakala warna merah jambu pula simbolik bayi perempuan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bukan Hal Aku ini juga bersyukur kerana dikurniakan dua orang ibu yang penyanyang (ibu kandung dan ibu mertua).

“Ma QUEENS.. My marriage gave me more than a husband ; It gave me a second mom 😍 thank you for everything Mummy,” tulisnya.

Untuk rekod, Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu dan kini menanti detik kelahiran cahaya mata sulung.

Video/Foto : Instagram Alicia Amin/ Kaka Azraff

IKLAN