Pempengaruh media sosial, Ameera Khan, baru-baru ini menjawab pertanyaan netizen mengenai hubungannya dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol, menerusi sesi ‘Ask Me’ di Instagram Story.
Seorang pengguna platform sosial berkenaan ada bertanya sama ada mereka pernah tidur bersama.
“Dah sleep dengan J? (Jefri Nichol),” soal netizen tersebut.
Menjawab persoalan itu, Ameera yang juga adik kepada selebriti Neelofa, menjelaskan pertanyaan tersebut dengan ringkas, tapi bermakna.
“Sleep call setiap malam, kalau tak tidur pun selalu call. Memang call tak pernah putus,” tulis Ameera.
Ads
Tegur Netizen
Bagaimanapun pada akhir jawapannya, Ameera turut menegur netizen berkenaan, menyarankan agar lebih berfikir sebelum mengajukan soalan sedemikian.
“Kak, dah tua janganlah tanya soalan macam budak-budak yang tak ada otak,” tulisnya lagi.
Ads
Ads
Hubungan Ameera & Jefri
Sebelum ini, hubungan Ameera dan Jefri pernah menjadi perhatian ramai, terutamanya selepas Jefri mendedahkan dalam sebuah podcast dengan mendakwa dia pernah tidur dengan lebih 20 wanita.
Namun, Ameera tetap mempertahankan aktor berkenaan dengan menggambarkannya sebagai seorang lelaki yang baik.
Kebelakangan ini, pasangan sama cantik sama ini sering berkongsi momen bersama di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Abby Abadi meminta menantunya, Ahmad Aslam, untuk memperincikan permohonan maaf secara peribadi yang dikatakan pernah dibuat kepadanya sebelum ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Rahman, 48, menjelaskan sepanjang tempoh lebih setahun Aslam berkahwin dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania, lelaki itu tidak pernah bersemuka dengannya untuk memohon maaf secara langsung.
“Bila minta maaf tu Aslam? Dah alang-alang update dekat Thread ini, cuba terangkan dekat sini masa dan keadaan semasa minta maaf tu macam mana?
“Ada apa-apa yang keluar tak dari mulut saya waktu tu? Berapa lama sudah berkahwin dengan anak saya?
“Berapa kali sudah datang jumpa saya? Ada pernah bersembang dengan saya tak?,” luahnya menerusi aplikasi Threads, pada Khamis.
Abby pada masa sama turut meminta menantunya itu agar berkongsi perkara berkenaan kepada umum memandangkan ramai juga ingin mengetahui kesalahan yang pernah dilakukan secara terperinci.
Malah pelakon Gerak Khas itu mempersoalkan Aslam yang tidak pernah mempertahankan Marissa apabila diserang netizen.
“Mengaku bersalah dekat Thread ini, tapi apa kesalahannya? Buleh tahu? Minta cerita semua dekat sinilah sebab semua orang nak tahu ni.
“Akhir sekali nak tanya, orang maki hamun anak saya, kenapa tak pernah pertahankan?,” kongsinya lagi.
Terdahulu Asalam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Thread.
Antara lain jelas Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.
Pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu Marissa, 20, iaitu Umisya Mazlan.
Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta menantunya Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.
Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.
Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.
Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.
Manakala Marissa sebelum ini pernah kematian anak sulung mereka susulan bersalin awal (6 bulan).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usanita Sdn Bhd, menerusi cabang hiburannya Usanita Entertainment, terus melangkah berani dalam industri hiburan digital dengan memperkenalkan UTV, sebuah platform penstriman (OTT) baharu yang bakal dilancarkan secara rasmi hujung Mei ini.
Lengkap dengan tagline ‘Stream For You’, UTV menjanjikan pengalaman hiburan yang bersifat inklusif, peribadi dan menyentuh emosi, mencerminkan semangat Malaysia yang berbilang bangsa.
Ia diilhamkan sebagai ruang meraikan untuk suara autentik, karya asli dan kisah bermakna, khususnya dari bakat tempatan serta memperkasakan penyertaan wanita dalam dunia hiburan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Hasan, ia diwujudkan bagi memberi ruang kepada lebih ramai penggiat seni dan pembikin kandungan tempatan mengetengahkan karya mereka ke peringkat lebih luas.
“Kami ingin mencipta sebuah platform yang bukan sahaja menayangkan kandungan, tetapi juga mendidik, menyatukan dan memperkasakan suara rakyat Malaysia terutama golongan wanita.
“Malah dua wajah Usanita ini, iaitu Fattah Amin dan Sophia AlBarakbah akan kerap terlibat menerusi karya filem atau tele-filem yang akan diterbitkan, insya-Allah.
“Ini termasuk sebuah tele-filem sulung mereka yang telah menjalani penggambaran di London sebelum ini akan ditayangkan tidak lama lagi,” katanya.
UTV bakal menawarkan pelbagai kandungan termasuk drama bersiri, filem, dokumentari, bual bicara dan program gaya hidup yang menepati citarasa generasi digital hari ini.
Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima juga dilantik sebagai Channel Advisor atau rakan strategik menerusi Rumah Karya Citra bagi memastikan kualiti kandungan UTV kekal berdaya saing.
Bersempena pengumuman pelancaran UTV, Usanita Entertainment turut mengumumkan dua persembahan eksklusif menerusi kerjasama bersama Mask Team yang bakal berlangsung di NERO Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC).
Persembahan yang diberi nama An Evening With Nadeera Zaini akan berlangsung pada 30 Mei 2025, diikuti Hael Husaini Antonim Night pada 31 Mei 2025, bermula jam 8:30 malam hingga 10:30 malam.
Kedua-dua acara ini dijangka menyajikan persembahan penuh emosi dan keistimewaan daripada artis-artis tempatan berbakat besar.
Datuk Adzliana berkata, penganjuran ini adalah antara usaha pihaknya untuk mendekatkan peminat dengan karya seni tanah air.
“Persembahan eksklusif ini bukan sahaja platform untuk artis tampil dalam suasana lebih intim, malah tanda penghargaan buat peminat yang setia menyokong industri hiburan tempatan,” jelasnya.
Terdahulu, pengumuman mengenai pelancaran UTV dan dua persembahan eksklusif ini dilakukan dalam suasana penuh meriah menerusi Majlis Sambutan Aidilfitri Usanita Sdn Bhd di Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain persembahan artis jemputan, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular seperti Fattah Amin, Scha Alyahya, Nora Danish, Awal Ashaari, Aina Abdul, Erma Fatima, Zoey Rahman, Datuk Rossa, Nadeera, Hael Husaini dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kepada pelakon dan usahawan, Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim menjelaskan dia mengetahui mengenai kenyataan yang menjadi sorotan warganet sejak , pada petang Khamis.
Berkongsi menerusi aplikasi Thread, Marissa mengakui apa yang berlaku sudah pun selesaikan secara tertutup.
“Assalamualaikum semuanya. To clear the air about what was said – saya pun sama je macam you all, baru dapat tahu pasal all the statements petang tadi.
“Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat,” jelasnya.
Malah Marissa turut meminta maaf sekiranya apa yang terjadi menyebabkan berlakunya salah faham.
“Tiada balas-membalas di media sosial. Mohon hormati batasan kalian dalam hal ini ya.
“Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Asalam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby, juga menerusi hantaran di Thread.
Kata Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.
Abby dalam satu kenyataan pula menuntut agar Aslam memperincikan kesalahan yang pernah dibuat.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Marissa turut berkongsi foto dipercayai pusara arwah anaknya yang dilahirkan secara pramatang.
Luah Marissa, dia tetap bersyukur kerana sempat melahirkan permata hati meski tidak ada rezeki untuk membesarkannya.
“Tiada siapa yang mampu melindungi kamu seperti mana aku pernah lakukan.
“Walaupun kamu tidak lagi di sini, apa pun yang terjadi, aku akan sentiasa menjadi pelindungmu.
“Alhamdulillah saya sempat mengandungkan dan melahirkan, cuma tak ada peluang untuk menjaga anak saya.
“Tapi tu bukan bermakna tiada kasih sayang dan ruang untuk berkata sesuka hati,” tulisnya.
“Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa dengan cerita yang saya kongsikan tadi.
“Saya benar-benar minta maaf jika ia disalah tafsir atau disalah anggap,” kongsinya menerusi satu lagi hantaran berbeza.
Terdahulu pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.
Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.
Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.
Imbas kembali, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Manakala Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.
Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.
Marissa juga pernah menjelaskan mereka kehilangan anak sulung ketika dilahirkan secara pramatang (6 bulan).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.