“Kak 39 Tak ‘bengkrap’, Akak Doa Je Sarah,” – Masih Simpan Pemberian, Jasmin Hamid Terkenang Sifat Permurah Allahyarham

Share

Berita pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada pagi Isnin lalu dirasai semua pihak, termasuk rakan selebriti yang pernah berurusan dengan ibu kepada empat cahaya mata itu.

Pelakon Jasmin Hamid misalnya baru-baru ini ada memuat naik tangkap layar perbualannya di Instagram bersama Allahyarham.

Menerusi perbualan yang tertera, Jasmin difahamkan lebih selesa membeli produk berkenaan memandangkan arwah berniaga, namun Sarah mahu beri secara percuma.

Menurut Jasmin, sepanjang mengenai arwah, dia menyifatkan bintang iti sebagai seorang yang pekerti dan sahsiah.

“Sekenal saya, Arwah @sitisarahraissuddin memang orang yang sangat baik hati, pemurah, periang dan baik Akhlaknya. Hilang saya seorang kawan yang sama tarikh birthday.

“Tiada ungkapan selain dari DOA buat Arwah. Amat terasa kehilangannya. Setiap kali dengar dan nampak berita arwah, hati saya kembali sebak,” tulisnya.,

Pelakon drama cukup Derita itu turut mengabadikan pemberian arwah sebagai kenangan.

“Syukur alhamdulillah, saya masih simpan pemberian arwah sebagai kenangan saya. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosanya. Di berikan Husnul Khatimah.

“Ditempatkan di dalam syurga Firdaus tanpa HISAB dan AZAB, amin,” tulisnya lagi.


Sebagai info, isteri kepada pelawak, Shuib itu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Arwah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, serta Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.

IKLAN