Nampaknya, kehangatan majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Fazura tidak surut lagi. Rata-rata masih bercerita tentangnya. Baik dikalangan peminat mahupun selebriti tempatan.
Sorang demi sorang memberi pujian terhadap kedua mempelai ini. Antara perbualan yang hangat diperkatakan sudah tentunya ramai yang sudah memikirkan apa agak nama anak-anak pasangan tersebut kelak.
Tidak terlepas, Zizan Razak yang mengutarakan persoalan tersebut di laman Twitter miliknya.
“Selepas pulang dari wedding ‘Fattzura’ tiba-tiba tertanya apa nama anak mereka? Kalau lelaki apa? Kalau perempuan apa?
“Guys, ada idea?” tulisnya.
Selepas pulang dari wedding FATTZURA tiba tiba tertanya apa nama anak mereka? Kalau lelaki apa? Kalau perempuan apa? Guys ada idea?
— zizan razak (@zizanrajalawak) February 25, 2018
Namun apa yang menarik perhatian MH melihat respon netizen yang menyuruh Zizan menamatkan zaman bujangnya dahulu sebelum memikirkan nama anak orang lain.
Pada MH, mungkin individu tersebut hanya ingin bergurau dengan Zizan memang terkenal dengan sikapnya yang suka mengusik kan?
Dalam pada itu, ramai juga yang memberikan respon pada soalan Zizan tersebut dengan pelbagai nama. Ada yang cuba bergurau namun ada yang memberikan nama yang sedap juga.
Sumber: Twitter Zizan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI