Tertarik dengan kisah percintaan pasangan yang berasal dari China ini yang telah berkahwin sekitar bulan Mac lalu.
Apa yang menarik perhatian adalah si suami yang bernama, Lin Zhouqiang telah berkahwin dengan isterinya, Xu Qinqin yang tidak mempunyai hidung.
Perkenalan mereka berdua adalah melalui internet dan mereka menjadi semakin rapat hari demi hari dan kemudiannya Qinqin memberitahu Zhouqiang tentang keadaan wajahnya tanpa hidung.
Namun berita itu tidak merubah perasaan lelaki tersebut terhadap Qinqin. Bagi Zhouqiang mungkin ini sudah tertulis dan telah ditakdirkan untuknya. Dia juga seperti dapat merasakan kesukaran hidup yang dilalui oleh Qinqin dan kerana itu dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita tersebut.
Ads
Menurut sumber dikatakan Qinqin telah kehilangan hidungnya akibat digigit tikus ketika usianya 29 hari.
Ads
Ibu kepada Qinqin, Lin Guangzhen memberitahu bagaimana kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Dia berkata, dia telah meletakkan Qinqin di dalam bilik tidurnya dan kemudian keluar ke ladang.
Dua jam kemudian, ibu kepada lima orang anak ini diberitahu oleh anak sulungnya bahawa hidung Qinqin telah hilang dan pendarahan yang berlaku sangat dalam. Disebabkan oleh itu Qinqin membesar dengan wajah yang cacat.
Ads
Sungguh mulia hati Zhouqiang sanggup menerima kekurangan fizikal yang dialami oleh Qinqin.
Diharapkan kisah mereka ini menjadi inspirasi buat semua yang membaca dan perlu diingat cinta itu bukan hanya sekadar memandang rupa tapi apa yang lebih penting adalah hati seseorang itu.
Sumber: TUKO
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Banyak betul kisah yang kurang sedap didengar tentang pembantu rumah akhir-akhir ini. Lepas satu-satu kes yang terjadi antara pembantu dan majikan.
Baru-baru ini seorang wanita telah meluahkan rasa geram terhadap pembantu rumahnya di akaun Facebook miliknya.
“BIBIK DAJAL
“Kalau bulan lepas kecoh kisah Dato Alif Syukri dengan bibik penyangak,
“Kalau kemarin gempar 1 Malaya kisah Fynn Jamal dan bibik kaki drama,
“Hah, hari ni meh aku gemparkan lagi 1 kisah. Kisah Hanani Ahmad dan bibik Dajal.
*************
“Minggu lepas cukup sebulan dia kerja dengan kami. Masa nak ambik kerja, dia bagi tau kami dah berkahwin 2x. Suami pertama mati kena tembak, ada anak seorang perempuan, suami kedua bisu ada anak 2 orang lelaki dijaga oleh sedara mara di Indon. Sudah 2tahun tak jumpa katanya rindu sama anak2 bila tengok anak2 aku ( Alahaiiiii sedihnyeee kannn kisah kau). Minggu pertama kerja, everything went well. Sebab waktu ni aku masih ada kat rumah.
“After raya, aku start masuk office. Ada hidden cam tapi after 2w cam problem. Lukman pulak malas nak baiki plus too positif. Dia dok keep on pesan kat aku takpe lah mama, kita niat baik nak tolong dia, InsyAllah dia pon akan kerja baik2. Okay, time ni aku start uji dia. Dan, dah nampak benda2 yang pelik tapi aku layan kan ja. Sebab small mistakes.
“Bermula 2nd week lepas raya dia dah start buat perangai. Kisahnya, seminggu sebelum raya waktu tu dia baru kerja dalam seminggu, dia minta izin nak balik rumah so called ‘kakak sepupu’ di Kajang. Aku tak kisah sangat. Lagi suka kot sebab tak perlu bawak dia balik kampung.
“Tapi Lukman tak bagi. Sebab dia baru kerja then kami akan bercuti lama ke kampung so takkan nak biar ja dia kat Kajang tu 10-12days. So nak tak nak dia kena ikut kami balik Baling raya tu.
“Dipendekkan cerita, lepas balik dari raya dia buat cerita lain pulak. Dia kata dia punya so called ‘kakak sepupu’ tu sakit so nak mintak izin pulang ke Kajang untuk ziarah. Tapi aku tak bagi sebab aku dengan Lukman nak kena masuk office jugak sebab ada banyak benda yang kena settle kan. Dia diam saja tapi esok tu masa aku kat office dia mesej bagitau kata raya haji ni tak mau ikut aku balik kampung. Nak balik Kajang jugak. Whatt???? Siapa yang majikan siapa yang bibik sekarang ni?? Suka suka hati bagi order kat aku. (Masa ni aku masih tertipu ya kawan2 bahawa yang kat Kajang tu sepupu dia. Yang sebenarnya jantan keparat !)
“Ok, start dari detik ni dia start tunjuk perangai Dajjal.
“Panjang sangat kalau aku nak cerita in detail. So aku pendekkan ja la nah.
“1) Aku order barang basah delivery ke rumah, aku pesan more than 10 times sebelum keluar g office. Beria menggangguk paham. Tapi bila aku balik kerja petang tengok ayam dah membusuk berulat atas tembok. Bila aku tanya kenapa tak ambil, sambil jeling2 jawab saya tak tau. ???
“2) Aku pernah balik diam2 tengah hari. Parking kereta jauh then jalan kaki balik. Pintu pagar yang aku pesan suruh tutup tadi masih tak bertutup. Ok fine, aku bersangka baik mungkin dia lupa sebab kalut2 dengan anak2. Slow2 aku jenguk kat sliding. Wah wah wah. Sedap nau membongkang! Tedampar macam paus kenyang. Aku sendiri tak pernah tidur macam tu. At that time aku tengok Adib tengah ke hulu ke hilir usung pampers yang dah dibuka sambil kejut dia tapi tak jaga wehhh. Sampailah Adib terkucil di lantai dapur. Allah saja yang tau perasaan aku masa ni. Menyirap. Aku masuk dalam kejut dia cakap Adib dah buka pampers tu dan2 bangun buat2 kalut ke tandas. Aku saja buat2 tanya, air ape kat dapur ni bik basah ni. Kome tau dia jawab ape? Itu Aqil la kasi tumpah air itu. Kepala hotak die lahhhhhh. Dengan mata kepala sendiri aku nampak Adib yang kencing. Korang rasa kalau aku tak nampak lah kan, gamaknya bernajis lah 1 rumah aku. Tapi petang tu memang ak basuh 1 rumah sebab aku dah start was2.
“3) Botol susu anak2 aku dia hanya akan basuh bila aku nak balik ja. In between tu memang dia tak basuh. So anak aku dah terminum susu basi jugak.
“4) Pagi2 before ke office aku akan masak dulu untuk anak2. Dia tinggal cedokkan ja. Yang aku heran, sepanjang aku jaga sendiri anak2 selama 6y, kalau masak periok besar tu sup or watever lah mesti boleh makan sampai ke malam. Tapi bila aku tinggal kat dia, aku balik kerja petang mesti periok dah siap basuh. Mula2 aku assume dia habiskan, which is ok la aku tak marah pon. Tapi entah lah. Naluri ibu tu kan. 1 hari aku rasa tegerak hati nak selongkar dustbin. Yessssssss! Tepat sangkaaan aku! Dia buang makanan2 tu. Sekali lagi Dajal! Tapi aku diam kan ja. Nak perati kelaku dia plus Lukman akan bela bila aku marah bibik.
“5) Ada 1 hari aku nak test dia. Aku tak masak. Aku just pesan nanti keluarkan ayam dan goreng. Bagi anak2 makan. Macam biasa, beria menggangguk. Sebelum ke office aku kira siap2 berapa bekas dan ketul ayam yang ada. So bila balik aku buat2 tanya anak2 makan apa hari ni. Dengan confident jawab, nasik sama ayam goreng. Tapi bila aku cek balik jumlah ayam yang ada, no changes!!! Membongakkkk ja keja dia. Tu pon aku diam kann. Pendamm n perati. So anak2 aku makan apa??? Tak makan la jawab dia. Aqil bagi tau adik2 minum susu je. Panassss hati aku!!
“6) Badan/Miss V bebau hanyir. 16batu dah boleh bau. Jadinya rumah aku kalau aku balik kerja memang aku akan sembur segala jenis perfium yang ada. Kadang dia nak mgelat dia basuh baju dia campur dengan baju anak2 aku. Dia ingat aku bodoh tak tau kerja jahat dia tu. Memang baju2 anak2 aku habis akan berbau dan dah banyak kali aku terpaksa buang baju anak2 aku.
“7) Conteng dinding. Selama ni aku ingat anak2/laki aku yang menyonteng/tulis di dinding rumah. Rupanya dia. Semalam nak dijadikan cerita aku masuk bilik dia nak iron baju sendiri. Penuh tulisan yg sama macam kat hall dekat dinding dalam bilik. Ada nombor2 macam nombor akaun dan laman web porno. Yes, i’ve checked em all. Sangap batang rupanya!!!
“8) Ini yang paling aku panas!! Adib kena iron panas kat perut. Aku tanya Aqil Aqil cakap tak tau. Tapi Faris datang bagi tau Sukma buat. Dada aku dah tahap sikit lagi nak pecah. Tahan marah. Menggigil all over my body.
“9) SELFIE MELARAM DENGAN BAJU2 AKU, BAJU2 LUKMAN!! Kadang2 kalau Adib tak bangun tidur lagi time aku nak ke office aku terpaksa tinggal bilik tak berkunci. Sebab nanti nak suruh dia amik Adib bila dah bangun. Aku dah ubah buaian betul2 tepi pintu which is dia tak perlu masuk dalammmm bilik. Just langkah sikit ja ke muka pintu, angkat Adib then keluarlah. Rupanya kami ni ja dok bersangka baik dekat dia. Dia? Ambik kesempatan! Semalam aku rampas hp dia. Allah terus collapse aku bila tgk isi kandungan hp dia
“Sebab aku dah tak boleh tahan sabar. Im pissed off’!! Penuh gambar selfie atas katil aku dengan baju2 aku baju2, rayban, cap, lukman! Hatta spek opah aku pon dia balonnnnn! Bertambah celaka sependa, bra, lingerie aku semua dia try. Ops lupa, cincin nikah aku skali dia menerai. Memang dasar Dajjal! Nak mudah bahasa orang kampung aku panggil ‘haramjadah’.
“10) Mesej lucah dengan lots of Bangladeshi, Indian so on so forth. Hantaq gambar yang tak sepatutnya. Korang paham2 sendiri lah gambar apa kalau dah dasar betina lapaq batang bejumpa plak dengan jantan sangap lubang!
“11) Sebelum aku halau p balai tadi aku sempat selongkar beg dia. Guest what i found? Sependa aku, perfium aku, blusher & eyeshadow benefit aku and earphone iphone Lukman! Tu pon tak memgaku!!! Dok kata tu dia punya. Hoi mangkuk, aku tak bangang macam hang lah! Memang makan la penampaq aku tadi. Aku sabar tak sentuh hang dari semalam lagi. Tapi bila aku jumpa macam2 aku dah tak boleh fikir apa dah. Memang rasa nak taboh sampai lunyai ja.
“12) Berlakon muslim sembahyang tungging tebalik. Rupanya India! Dengan imigresen pon dia boleh menipu, apatah lagi dengan kami majikan dia.
********************
“Fuhhh dada aku masih terasa berat masa tengah menaip ni. Semalam kecoh lah dalam taman ni kes bibik bangang nih! Sampai macam kena heart attack aku semalam. Terlampau marah. Mujur ada jiran2 superbaik mai rumah tolong calm me down. Tq jejiranss semua Oya Safira Kak D Gojes kak Norsyahira Erny EeLa Ruslan Siti Sakinah Ahmad Rosdi n semua2 lah.
“Apa2 pon aku bersyukur Allah tunjuk cepat benda ni kat aku. Dan paling bersyukur anak2 aku selamat.
“Now, tengah bertenang ambik mood nak mengemas balik rumah yang tak rupa macam rumah ni. Yang bau hanyiaqqqqqqqqq!
“Dan sejujurnya, aku trauma dengan bibik! Walau memamg ada yang baik, tapi biarlah ni jadi pengalaman pertama dan terakhir aku. Serious, aku trauma sungguh! Semalam tak boleh tidur langsung. Pejam mata ja terbayang muka dia.
“Harap hampa semua boleh ambil pengalaman2 kami ni jadikan iktibar. Sapa nak SHARE silakanlah tak payah minta izin.
“Yang nak komen sekadar nak Provok atau kecam, baik batalkan niat anda. Kalau tak hampa pulak makan penampaq aku ??
“** Ni sedikit gambar untuk tatapan kalian. Gambaq pakai bra n spenda aku tak payah lah noh. Sat lagi ada yang masuk tandas pulak ?????,” tulisan luahan hatinya dengan panjang lebar.
Kepada mereka yang ingin mengambil pembantu rumah, diminta untuk lebih berhati-hati bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Sumber: Facebook Hanani Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rakaman video hebat seorang wanita cantik berusia 31 tahun menunjukkan kemahiran bermain violin secara luar biasa itu menarik perhatian umum.
Video itu dirakamkan dan dimuat naik ke laman facebook miliknya, menunjukkan pemain berbakat itu bermain violin sebuah lagu Aisyah dari Projector Band, dan ia kedengaran sangat merdu.
Berasal dari Malim Nawar, Perak, wanita yang mempunyai tiga orang anak ini sudah mula bermain viola ketika berusia 10 tahun lagi dan kini mengajar kelas khas piano dan violin di rumahnya.
Selain di facebook, wanita berbakat itu sering mempersembahkan bakatnya melalui YouTube dan Instagram. Video yang dimuatnaik akan disinggahi oleh beribu-ribu orang lebih-lebih lagi persembahan ”Aisyah” menjadi viral selepas beberapa buah media berkongsi videonya.
Wanita yang dikenali dengan nama Endang Hyder menjadi viral disebabkan tarikan video cover yang dibuatnya itu. Selain mahir bermain violin, dia juga mahir bermain erhu dan piano.
Dalam pada itu, Endang yang memang berasal daripada keluarga pemuzik memang meletakkan jangkaan tinggi terhadap bidang ini dan berharap ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain itu, Endang yang suka berkongsi hiburan bermanfaat dan ingin menjadi lebih bagus dalam persembahan violin dan berharap anak muda zaman kini ada motivasi untuk menceburi bidang muzik dan meluaskan persaingan dalam menjadi solo performer (instrumental).
Sehingga kini post tersebut telah menerima sebanyak lebih sembilan ribu shares dan lebih 12 ribu komen dan sebanyak 297 ribu views. Macam-macam pendapat yang diutarakan netizen meluahkan pendapat, ada juga yang meminta supaya membuat cover lagu yang lain.
Pelajaran merupakan salah satu perkara penting yang perlu ada pada setiap individu bagi menjamin masa depan.
Demi menyambung pelajaran, seorang pelajar lelaki, Ben Coway telah menyahut cabaran untuk mendaki gunung tertinggi di United Kingdom hanya untuk mendapatkan biasiswa.
Apa yang menariknya, Ben telah mendaki gunung tersebut dengan memakai kasut tumit tinggi setinggi 5 inci. Sesungguhnya bukan mudah untuk mendaki di permukaan yang tidak rata dan licin dengan menggunakan kasut tersebut.
Untuk pegetahuan semua, apa yang dilakukan Ben ini adalah untuk menjadi pelajar yang paling menonjol untuk mendapatkan biasiswa yang diingininya.
Setiap pemohon diminta untuk melakukan benda yang mereka minati untuk mendapatkan biasiswa itu.
Ben berusaha melakukan cabaran ini untuk memohon biasiswa di Sekolah Seni Komunikasi di Brixton.
“Saya perlu berfikir sesuatu yang susah untuk dilakukan dan saya juga suka akan budaya ‘drag’, selain itu saya juga sudah 13 tahun dalam pasukan pengakap jadi saya gabungkan kedua-duanya untuk menghasilkan idea yang lebih menarik,” ujarnya.
Dalam semangatnya yang membara untuk mendaki gunung itu, ada yang memberikan dorongan yang positif namun ada juga yang berkata dia sepatutnya mengambil kira tentang keselamatan dirinya.
Apapun kami memang respect dengan Ben, demi biasiswa untuk menyambung pelajarannya dia sanggup untuk melakukan perkara yang tidak mungkin dapat kita lakukan dengan memanjat gunung selama 5 jam untuk sampai ke puncak dengan memakai kasut tinggi.
Semoga dia terpilih untuk menerima biasiswa yang diinginanya itu dan terus sukses dalam pelajarannya.
Sumber: The Scotsman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit dari rumah produksi Jaja Ishak Channel (JIC), Jaja Ishak bakal menjalankan penggambaran sebuah filem pendek bersempena Aidilfitri tahun ini, selepas kejayaan pelancaran lagu...