Kahwin 22, Dapat Anak 24, “Lebih Matang Urus Kehidupan Diri & Keluarga,”- Mawar Rashid

Share

Bergelar ibu pada usia 24 tahun, pelakon Mawar Rashid merasakan itu adalah satu anugerah terindah dalam hidupnya.

Malah, pemilik nama lengkap Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu bersyukur atas segala nikmat yang diberikan Allah.

“7 months in VS 7 months out. Alhamdulillah jujur nak cakap ni, Bersyukur sangat dengan apa yang Allah S.W.T aturkan dalam hidup Mawar.

Walaupun Mawar rasa cam umur 22 kahwin and umur 24 ada anak tu macam awal, yelah, Mawar rasa umur camtu cam muda sangat nak pikul tanggungjawab,” tulisnya.

Sekali gus, menjadikan Mawar lebih matang dalam menguruskan kehidupan diri sendiri dan keluarga.

Tapi sebenarnya perkahwinan and jadi seorang ibu banyak ajar Mawar dalam kehidupan sementara di dunia ni.

“Ape yang Mawar nak hightlight kat sini, Mawar happy, makin lama dalam perkhawinan, lepas Ada anak ni, Mawar ngan suami pun jadi lebih mengenal hati masing2.

Lain sangat dari dulu. Semoga Allah sentiasa lindungi Dan berkati rumah tangga kita. Amin,” akhirinya.

Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 100,000 tanda suka di kalangan pengguna Instagram.

Untuk rekod, Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob berkahwin pada 9 November 2017.

Hasil perkongsian  hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael yang kini mencecah usia 8 bulan.

Foto: Instagram Mawar Rashid

IKLAN