Kacak Bergaya! Penampilan Edika Yusof Berbaju Melayu ‘Pancing’ Perhatian Di Acara Fesyen

Share

Penampilan figura pelakon terkenal, Edika Yusof dan Arash Mohd yang memperaga pada majlis melancarkan koleksi Raya in Vogue yang dibawakan oleh Siti Khadijah Apparel menjadi menarik perhatian ramai.

Pertunjukan fesyen yang berlangsung hari ini di ruang legar pusat beli belah, KL East Mall, Kuala Lumpur itu turut disokong dengan kehadiran rakan selebriti lain seperti Vanidah Imran, Kuza dan pempengaruh media sosial.

Turut menghiburkan penonton ialah penyanyi ialah Lah Ahmad dan kumpulan Ruffedge.

Koleksi Raya In Vogue menampilkan lima baju kurung, satu baju Melayu selain jubah wanita.

“Koleksi yang diperagakan hanya dijual secara fizikal secara terhad di butik di seluruh negara. Bagaimanapun, mereka yang ingin mendapatkan koleksi raya ini selain ke butik terpilih.

“Selain itu mereka juga boleh membeli menerusi ‘personal shopper’ berdaftar yang kami panggil Srikandi di seluruh Malaysia. Pembelian koleksi ini juga boleh dibuat menerusi dalam talian,” kata Pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman.

Selain Padzilah, Pengerusi Kumpulan Siti Khadijah, Shafie Shamsuddin dan Pengasas Bersama Siti Khadijah, Aminuddin Mohd Nasir juga hadir pada majlis tersebut.

Kata Padzilah lagi, koleksi tahun ini diserlahkan dengan gaya mewah tetapi masih mengekalkan konsep kesederhanaan dan menitikberatkan soal keselesaan.

Sejajar dengan tagline di Siti Khadijah iaitu, ‘Selesa Luaran, Tenang Dalaman’, koleksi dijual dengan harga di antara RM208 ke RM328.

“Tahun sebelumnya kami ada tampilkan rekaan bercirikan nusantara, klasik dan sebagainya. Tahun ini kami tampilkan elemen yang lebih ‘classy’ namun mengekalkan ciri patuh syariah.

“Lima koleksi baju kurung kami namakan sebagai Nazrin Kurung Pesak, Azra Kurung Pesak, Alara Kurung Moden, Aylin Kurung Moden dan Zehra Kurung Pahang. Dan setiap koleksi dihadirkan dengan lima pilihan warna.

“Bagi koleksi lelaki pula kami namakan Daud Baju Melayu, juga dengan lima pilihan warna. Selain itu, ada juga pilihan jubah, tudung sarung, bawal satin dan biasa,” katanya.

Dalam pada itu, jenama ini berjaya berkembang menjadi jenama nasional terkemuka sambil merintis pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dan Indonesia.

Bermula dengan penjualan telekung, jenama Siti Khadijah (SK) turut dipelbagaikan dengan pelbagai jenis rangkaian produk termasuk pakaian untuk wanita dan lelaki.

Malah selepas 14 tahun mengukuhkan nama di pasaran, kehadiran koleksi baju raya untuk lelaki dan wanita menyemarakkan lagi persaingan di antara pengeluar pakaian patuh syariah di negara kita.

Selain telekung, syarikat itu turut mengeluarkan pelbagai pakaian kelengkapan haji seperti tudung, stokin tangan, jubah dan aksesori menunaikan haji.

Jenama ini juga menghasilkan produk gaya hidup seperti pakaian lelaki dan pakaian wanita, tudung, aksesori, dan banyak lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

IKLAN