Pelakon Pablo Amirul mendedahkan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang bekerja sebagai penjawat awam berketurunan Cina berdarah Baba dan Nyoya sejak tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, bintang Polis Evo ini belum bersedia untuk berkongsi hal tersebut dengan lebih terperinci meski hubungan mereka sudah saling rapat sejak tiga tahun lalu meski hubungan dengan teman istimewanya yang dikenali sebagai K itu berjalan lancar seperti direncanakan.
“Maaflah, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas terperinci mengenai identiti dirinya kepada semua. Apa yang boleh saya katakan K adalah keturunan Cina berdarah Baba dan Nyonya.
Ads
“K juga berkhidmat sebagai anggota pasukan berpakaian seragam,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Ditanya apakah yang menyebabkan dirinya berahsia mengenai hubungan istimewa yang sedang terjalin, Pablo punya jawapan sendiri.
Ads
“Bukannya mahu sorok kekasih tetapi orang tak pernah tanya pun sebab itu saya tidak bercerita mengenai dirinya.
“Mungkin wajah saya nampak serius dan garang tetapi hati lembut serta mahu dicintai seorang wanita,” katanya yang sudah merancang mahu berkahwin dan membina keluarga bila sampai masanya nanti.
Ads
Namun buat masa sekarang dirinya mahu beri komitmen terhadap kerjaya terlebih dulu selain stabil dari segi kewangan.
Foto: Instagram Pablo Amirul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kami sudah pun merasai pengalaman seramnya, Nights of Fright 7 (NOF 7) kembali lagi untuk menghantui hidup anda!
Kekal dengan susana rumah hantu yang menyeramkan, apa kata rasai sendiri ketakutan yang maksima apabila memasuki setiap ‘rumah puaka’ yang tersedia menerima kehadiran para tetamunya!
Dalam edisi kali ini, NOF 7 membariskan lapan rumah berhantu, sebuah teater berhantu, dua ruangan seram serta dua sesi pertunjukan pentas yang pastinya memukau.
Sudah pun membuka tirainya sejak 4 Oktober lalu, NOF 7 dibuka hingga 3 November 2019 depan.
Nah, ini dia barisan nama rumah hantu yang diperkenalkan tahun ini. Sila cuba checklist, pastikan korang rasai keseramannya satu per satu!
Foto: Terima kasih Sunway Lagoon
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bakal membuat persembahan menerusi lagu asal Khai Bahar yang berjudul 123 pada program Gegar Vaganza 6 (GV6) minggu hadapan, Naqiu mengakui dirinya perlu melakukan persiapan, seterusnya cuba untuk lari dari zon selesa.
Katanya, dia akan cuba untuk memberikan kelainan, menampilkan sisi berbeza dalam saingan minggu ketiga yang mengetengahkan tema ‘Aneh-Aneh’.
“Perkara pertama terlintas di fikiran apabila tersiar lagu yang bakal saya nyanyikan ialah peminat akan tengok sisi berbeza saya.
“Memandangkan sebelum ini saya sering persembahkan lagu ‘jiwang’. Kali ini bawa lagu rentak rancak, kena ‘twist’ diri saya jadi lain,” katanya yang menggungguli minggu kedua konsert dengan mengumpul markah tertinggi sebanyak 81.00 peratus.
Memberi persembahan memukau menerusi lagu Meraung (dendangan asal kumpulan NewBoyz) sekali gus mendapat pujian juri, pemilik nama lengkap Wan Naqiuddin Mohd Najib ini juga tidak menafikan untuk mengekalkan momentum bukanlah suatu hal senang.
“Minggu pertama saya di kedudukan kelapan dan minggu ini di tempat teratas. Saya syukur meski jujurnya pada peringkat awal saya takut dan tertekan.
“Saya risau andai buat kesilapan di mana-mana ketika membuat persembahan dan pada masa sama, tak mahu ada yang membanding-bandingkan saya dengan penyanyi asal.
“Untuk kekalkan momentum ialah perkara yang paling sukar dan harapan peminat juga sudah tinggi. Saya cuba berikan yang terbaik baik untuk juri dan peminat yang menyokong,” azam Naqiu.
Berkongsi mengenai perkembangan media sosialnya pula, bintang berusia 33 tahun itu terkejut kerana jumlah pengikutnya di platform di Instagram meninggkat secara mendadak.
“Pada minggu pertama, sejurus konsert bilangan pengikut meningkat kepada 10,000 dan sehingga ke hari ini, bilangannya kian bertambah…cecah 30,000.
“Saya tak percaya sebenarnya kerana saya anggap diri ini ‘kecil’, berada dalam industri pun sekejap sangat…tak sampai 10 tahun pun kalau nak dibandingkan dengan senior lain.
“Tiba-tiba bilangan pengikut Instagram naik mendadak jadi saya terkejutlah. Apa pun saya hargai sangat.
“Rupanya masih ada mereka yang masih ingatkan saya,” luah Naqiu yang berazam untuk terus kekal berkarya dalam seni selepas ini.
Terdahulu, Mazleela diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir, selepas mengumpul markah paling rendah dalam kalangan 12 peserta lainnya.
GV6 yang disiarkan secara langsung di Astro RIA dan Ria HD dari Wisma Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA) menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.
Sementara, Datin Paduka Julie Sudiro pula diundang sebagai juri jemputan minggu kedua saingan.
Foto: Instagram Naqiu
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kian menyerlah di Indonesia, bakat serta pesona yang dimiliki pelakon dan hos, Uyaina Arshad semakin diterima ramai penggiat seni di sana.
Mengimbau kenangan, bintang berusia 27 tahun yang dicungkil bakatnya menerusi satu program pencarian ikon Muslimah memberi kesempatan buatnya untuk mencari peluang mencari tapak kukuh di negara jiran.
“Sekitar April lalu, pihak produksi di sana ada tawarkan saya untuk jadi hos bagi program Dangdut Akademi (D’Academy Asia) sahaja.
“Bagaimanapun tiba-tiba sebulan kemudian pengurus saya, Rahman beritahu Indosiar tawarkan untuk sebuah lagi prgoram iaitu Golden Memories Asia 2019.
“Saya difahamkan sebelum ini program tersebut hanya melibatkan penyanyi tempatan sahaja.
“Akan tetapi untuk musim baru, mereka kembangkan ia dengan memanggil peserta serantau. Jadi saya sambung terus berada lebih empat bulan di sana,” katanya yang dijadual bakal mengendalikan D’ Academy Asia musim terbaru.
Uyaina atau nama lengkapnya, Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad merupakan juara pertama pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 yang anjuran Indosiar.
“Sejak itulah, peluang dan rezeki hadir. Saya diberi peluang untuk menjadi hos bagi beberapa rancangan besar di sana. Misalnya D’Academy Asia dan Akademi Sahur Indonesia (Aksi) Asia 2018.
“Alhamdulillah reaksi yang diterima sangat baik dan mereka boleh terima saya dengan terbuka,” jelasnya kepada MH.
Tidak mahu memberi tumpuan dalam satu bidang semata, wanita asal Perak ini turut mencari peluang dalam dunia lakonan di negara ini sementelah beberapa drama lakonan terdahulu seperti Lelaki Kiriman Tuhan dan Curi-Curi Cinta mendapat perhatian yang bukan calang-calang.
“Saya ni masih boleh dikira baru dalam lakonan, akan tetapi rezeki itu tetap ada. Alhamdulillah. Cuma ya, sebagai orang baru saya tidaklah terlalu mengetatkan soal pemilihan watak.
“Asalkan dia bersesuaian dengan imej dan batasan saya, itu sudah memadai. Cuma ketika ini, fokus dan komitmen saya perlu dilebihkan kepada pengacaraan dahulu,” katanya.
Uyaina juga turut mengakui ada menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah lagi drama bersiri atas kekangan komitmen. Bagaimanapun, ia tidak bermakna Uyaina mahu lupakan kerjaya seni di negara sendiri.
“Ramai juga yang tanya akan hal berkenaan, akan tetapi siaran program yang saya kendalikan di Indonesia lazimnya berlangsung dari malam Isnin hingga Jumaat. Jadi saya masih berpeluang pulang ke Malaysia pada hari minggu.
“Malah masih ada program yang perlu saya kendalikan juga,” jelas Uyaina yang memberi janji untuk cuma memberikan ruang terbaiknya dalam seni dua negara.
Ditanya mengenai status kesihatannya kini, Uyaina menjelaskan dirinya berada di dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Sibuk tidak bermakna dirinya leka untuk menjaga kesihatan.
“Saya masih bergantung kepada beberapa jenis pil yang berkaitan. Meski saya agak sibuk dengan jadual yang padat, namun saya cuba untuk pastikan diri mempunyai rehat selain mendapatkan tidur secukupnya.
“Malah saya kerap bertanya pada pakar mengenai status kesihatan selain turut melakukan senaman ringan untuk memastikan kadar degupan jantung berada pada paras normal,” jelas Uyaina yang turut perlu mengawal menu pemakanannya.
Awal tahun ini, bintang tersebut telah disahkan menghidap penyakit komplikasi jantung takikardia supraventrikel(SVT) dan injap jantung.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...