K-Clique Ungguli Trofi, Ayie Floor 88 Muncul Selepas Pengsan, Ini Corat Coret EDMA 2019!

Share

K-Clique ungguli Era Digital Muzik Awards (EDMA 2019) dengan memenangi dua kategori, Lagu Featuring Hit dan Rappers Paling Onz mengenepikan Ara Johari, Ismail Izzani, Naim Daniel dan Aman Ra.

Haqiem Rusli  mendapat undian paling tinggi bagi kategori Fan Club Paling Ngam dengan jumlah undian online sebanyak 609,531.

Ayie Floor 88 antara yang menjadi perhatian apabila muncul di atas pentas dengan lagu Hutang selepas pengsan di atas pentas sewaktu persembahan di Negeri Sembilan beberapa hari lalu.

Ini senarai pemenang EDMA 2019 :

Lagu Featuring Hit – K-Clique ft Aliff

Fan Club Paling Ngam – Haqiem Rusli

Artis Baru Baek – Luqman Faiz

Rappers Paling Onz – K-Clique

Lagu Viral Onzz – Donde – Andi Bernade

IKLAN