Rasanya baru sahaja kita dengar hubungan Penyanyi, Justin Bieber dan Selena Gomez sudah pulih dan kini seperti belangkas. Namun, menurut media luar negara, pasangan tersebut kini sedang ‘time out’?

Sumber memberitahu E News! bahawa Justin dan Selena memberi ruang antara satu sama lain buat masa sekarang namun masih lagi bertegur sapa.

Justin, Selena ‘Rehatkan’ Hubungan Seketika Sebab…

IKLAN

Selain itu, seorang lagi sumber memberitahu bahawa pasangan tersebut kini banyak berselisih faham membuatkan mereka mengambil keputusan tersebut.

“Justin dan Selena banyak berselisih pendapat dan satu pergaduhan besar menyebabkan mereka buat keputusan untuk ‘time out’.

“Bagaimanapun, perasaan mereka masih tidak berubah serta masih berhubung antara satu sama lain sepanjang masa,” katanya.

Dalam pada itu, sumber tersebut menambah bahawa pasangan itu akan kembali bersama dan masih belum berpisah.

IKLAN

Justin, Selena ‘Rehatkan’ Hubungan Seketika Sebab…

IKLAN

“Mereka cuma memerlukan masa antara satu sama lain,” katanya lagi.

Sementara itu, ada sumber mengatakan bahawa punca pergaduhan Justin dan Selena adalah berkaitan dengan ibu penyanyi ‘Wolves’ itu.

“Selena cuba memperbaiki hubungan dengan ibunya, Mandy Teefey yang tidak gembira dengan hubungannya bersama Justin,” kata sumber tersebut.

sumber: Enews!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI