Justin Gatlin Rampas Tahta Usain Bolt, Lelaki Terpantas Di Dunia

Terbaru, pelari pecut Jamaica, Usain Bolt tidak dapat mempertahankan gelarannya meraih gelaran juara dunia buat kali keempat setelah menamatkan masa dengan 9.95 saat di Stadium London.

Pertandingan 100m berakhir dengan kejutan dan Bolt terpaksa menerima kekalahan dan mengakhiri saingan di tempat ketiga di belakang dua pelari dari Amerika Syarikat, Justin Gatlin dan Christian Coleman.

Bolt, yang akan bersara daripada sukan olahraga selepas kejohanan dunia 2017 ini terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga selepas mencatat masa selama 9.95 saat.

IKLAN

Saingannya, Gatlin yang pernah digantung dua kali atas kesalahan doping , menyerang Bolt untuk meraih kemenangan pada 9.92 saat untuk menuntut gelaran juara dunia.Ini menandakan kali pertama Bolt gagal meraih emas dalam sebarang perlawanan akhir 100m di Olimpik dan Kejuaraan Dunia.

Sebelum perlawanan akhir pada hari Sabtu lalu, Bolt juga mengkritik blok pelepasan namun, aduannya ditolak oleh IAAF yang menegaskan bahawa blok yang digunakan adalah model yang sama seperti yang digunakan di Beijing dua tahun lalu.

Bolt, yang masih berpeluang untuk melakar kemenangan pingat emas ke-12 dalam acara 4x100m, menerima sokongan padu di Stadium London, namun gagal mengejar Gatlin dan Coleman selepas lambat meninggalkan blok pelepasan.

Walaupun tidak tercabar dalam perlumbaan individu yang berakhir dengan kekecewaan, Bolt terus memainkan peranannya sebagai ‘golden boy’ dan memberi pengormatan kepada peminatnya di stadium itu.

Mengulas mengenai sokongan yang diberikannya kepada, Bolt berkata,

“Ia merupakan sesuatu yang amat menakjubkan, saya telah menerima sokongan yang padu di stadium. Saya cuma kecewa kerana gagal memberikan yang terbaik.”

Selain itu, Gatlin juga sempat memberi penghormatan kepada Bolt selepas kemenangannya.  

IKLAN

Gatlin mencipta sejarah apabila menjadi atlet tertua pada usia 35 tahun untuk memenangi acara ini dengan catatan 9.92 saat, diikuti Coleman 9.94s dan Bolt berhempas-pulas untuk mendapatkan tempat ketiga dengan catatan 9.95s. 

Ia adalah pingat emas kedua Gatlin dalam acara 100m dalam Kejohanan Dunia menyusuli kejayaan sulungnya di Helsinki, 12 tahun lalu.

Sumber : Independent.UK