Pasangan selebriti terkemuka yang juga berprofil tinggi dunia, Justin Bieber dan Hailey berkongsi rasa teruja, apabila bakal menimang cahaya mata, lepas limatahun usia perkahwinan.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Justin menerusi hantaran di Instagram miliknya, yang bertujuan berkongsi keterujaan rasa gembira bakal menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi.

Muat Naik Video Romantis Perbaharui ‘Ikrar Perkahwinan’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber)

Hantaran berkenaan memaparkan Justin yang sedang merangkul isterinya, itu dalam sekeping gambar memaparkan separuh badan mereka.

Meski tidak menceritakan secara terperinci tentang kehamilan tersebut, dapat dilihat dengan jelas terlihat ‘baby bump’ pada tubuh Hailey.

IKLAN

Malah, perkara ini telahpun disahkan oleh wakil pengurusan yang memaklumkan Hailey, 28, kini sedang hamil enam bulan.

Justin Kongsi Momen Gembira, Teruja Bakal Bergelar Bapa!

Justin Bieber Dan Hailey Teruja! Bakal Timang Cahaya Mata Lepas Lima Tahun Kahwin Justin Bieber Dan Hailey Teruja! Bakal Timang Cahaya Mata Lepas Lima Tahun Kahwin

IKLAN

Menerusi hantaran sama, pasangan merpati dua sejoli ini juga memuat naik video romantis mereka berdua memperbaharui ikrar perkahwinan milik mereka.

Untuk rekod, pasangan selebriti berprofil tinggi, Justin Bieber dan model ternama, Hailey Bieber telah berkahwin secara rahsia pada 2019.

IKLAN

Setelah lima tahun usia perkahwinan, akhirnya pasangan yang sentiasa menjadi sorotan peminat serata dunia ini tak lama lagi bakal bergelar ibu bapa.

Terdahulu, Sunday Times pernah mendedahkan bahawa Hailey sudah lama mempunyai keinginan untuk menimang cahaya mata, bagaimanapun hasrat berkenaan terhalang atas sebab yang tidak dijelaskan secara terperinci.

Sumber: Instagram Justin Bieber, Sunday Times, Cosmopolitan

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI