“Just Me And You Baby,” – Isteri Anjur Baby Shower, Si Suami Ammar Alfian Pula Berbasikal Di Sepanyol

Share

Berkongsi foto sekitar majlis baby shower yang diadakan baru-baru ini, isteri Ammar Alfian, Nelissa Nezam nyata teruja apabila bakal menyambut cahaya mata pertama kurang sebulan lagi.

Namun dalam muat naik di Instagram, kapsyen wanita ini menimbulkan persoalan apabila menyatakan “just me and you baby”.

Malah detik istimewa ini tidak sedikit pun menyentuh perihal si suami dan tiada sekeping foto Ammar diselitkan bersama dalam proses kehamilannya.

 

Menjengah ke Instagram pelakon Paskal itu pula, difahamkan dia sedang menikmati aktiviti berbasikal sambil menghirup udara segar Sepanyol.

Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016. Bagaimanapun terdahulu, Nelissa ada mendakwa suaminya itu ada berlaku curang ketika dirinya hamil 6 bulan.

Foto : Instagram Ammar Alfian & Nelissa Nezam

IKLAN