‘Just Be Yourself’- Ada Followers Pertahan Little Miss Khan Bila Dikecam

Baru reda satu isu membabitkan ‘insta famous’, Little Miss Khan atau nama sebenarnya, Ameera Khan, kini dia dikecam lagi.

Semalam, Ameera ada memuat naik satu video pendek di laman Instagram miliknya bertujuan untuk mempromosikan dirinya, namun lain pula yang dapat.

“Get to know LMK (Little Miss Khan) better,” tulisnya.

• get to know LMK better | link in bio •

A post shared by SZ ♡ | Ameera Khan (@littlemisskhan) on

Mungkin netizen masih terkesan dengan kontroversi yang melanda dirinya dahulu, MH lihat banyak komen-komen negatif yang muncul di ruangan komen video tersebut.

IKLAN

 

Namun apa yang membuatkan MH kesal apabila ada yang meninggalkan komen ‘body shaming’ terhadap Ameera.

Sebenarnya MH pun tak faham apa yang netizen marah sangat dengan Ameera ini, apa sahaja yang dibuatnya tidak kena.

Bagaimanapun, terdapat juga komen-komen positif yang memberikan sokongan terhadap Ameera dan memintanya terus menjadi diri sendiri.

IKLAN

Pada MH, sudah-sudahlah membawang, cubalah cari kerjaya lain yang lebih bermanfaat. Apa-apapun, MH harap Ameera kekal tabah okay dan teruskan menjadi diri sendiri.

Sumber: IG Little Miss Khan