“Jumpa Nanti Ya” – Sepanjang Ramadan, Laudya Cynthia Bella ‘Tak Main’ Instagram, Maklum Admin Yang Akan Uruskan

Share

Aktres terkenal Seberang, Laudya Cynthia Bella mendedahkan sepanjang Ramadan, akaun Instagramya akan dikendalikan oleh pihak admin.

Perkara tersebut dimaklumkan bekas isteri kepada Engku Emran ini menerusi satu hantaran di Instagram, baru-baru ini.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ihtisab maka

dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

(Hr Imam Al Bukhari dan Imam Muslim)

“InsyaAllah, during Ramadhan my Instagram will be running by a group admin. See u soon ya. Selamat ibadah temen-temenku,” tulisnya pada ruangan kapsyen disusuli dengan emoji hati.

Menerusi perkongsian tersebut, para peminat turut memberikan reaksi pada ruangan komen selain turut memberikan ucapan selamat berpuasa buatnya.

Setakat ini, akaun Instagram miliknya mempunyai kira-kira 35.8 juta pengikut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Foto: Instagram Laudya Chythia Bella

IKLAN