Penyanyi Tajul dan Afieq Shazwan berpadu suara menyanyikan lagu Malam Semakin Dingin sebagai mengubati kerinduan terhadap Allahyarham Achik dan kumpulan Spin.

Menurut Tajul yang juga adik kepada arwah Achik, dia pada awalnya gementar apabila syarikat rakaman mahu berbincang untuk kembali rakamkan lagu lagu ciptaan Aiman dan Lukhman S yang diberikan nafas baharu itu.

“Sejujurnya saya agak nervous juga bila FMC panggil untuk bincangkan tentang lagu ni, tetapi bila Mr. Ho cakap akan diduetkan dengan Afieq saya lega dan bersetuju,“ katanya.

Dia pada masa sama meminta ramai untuk tidak membandingkan.

“Cuma jangan bandingkan vokal saya dengan Achik, walaupun kami adik-beradik, tentunya cara nyanyian dan kemampuan vocal kami berbeza.

“Apa pun saya memang sangat mengagumi vokal arwah,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, Afieq Shazwan pula menyifatkan kerjasama ini sebagai satu penghormatan.

“Pada awalnnya saya hanya nyanyi (cover) lagu ni dan kongsikannya di TikTok dan Facebook. Alhamdulillah views yang diterima memberangsangkan. Misalnya di Facebook, ia mencecah lebih setengah juta tontonan dan banyak komen yang minta saya untuk nyanyikannya secara penuh.

“Jadi bila diberi peluang untuk duet lagu ini bersama Tajul, terus saya cakap ‘yes’! Tajul ialah adik Achik dan kami anggap ini adalah tribute untuk Allahyarham.

“Proses rakaman dilakukan berulang kali dan secara berasingan. Ini kerana setelah vokal siap dirakamkan dan didengarkan kembali, timbul idea untuk penambahbaikan dan ‘touch up’ mana-mana bahagian yang dirasakan kurang,” katanya.

IKLAN

Tajul pada masa sama akui timbul rasa sebak ketika melakukan proses rakaman lagu berkenaan.

“Saya akui memang mencabar juga untuk nyanyikan lagu ini sebab agak tinggi juga la kan. Tetapi saya bersyukur kerana dapat berduet dengan Afieq yang sangat membantu dan memudahkan proses rakaman.

“Kami tak ambil masa yang lama untuk siapkan. Sewaktu rakaman, jujur saya cakap, ada timbul rasa sebak dalam hati dan rindu pada Achik.

“Apa pun saya bersyukur dan gembira kerana dapat nyanyikan semula lagu abang saya,” katanya.

IKLAN

“Jujur Saya Cakap, Timbul Rasa Sebak Dalam Hati Rindu Pada Achik,” – Tajul Cerita Suasana Saat Rakam Balik Lagu Arwah Abang “Jujur Saya Cakap, Timbul Rasa Sebak Dalam Hati Rindu Pada Achik,” – Tajul Cerita Suasana Saat Rakam Balik Lagu Arwah Abang “Jujur Saya Cakap, Timbul Rasa Sebak Dalam Hati Rindu Pada Achik,” – Tajul Cerita Suasana Saat Rakam Balik Lagu Arwah Abang

Afieq turut zahirkan rasa gembira dan teruja ketika proses rakaman berjalan.

“Saya suka sebenarnya lagu macam ni, inilah diri saya. Sebelum ini dalam pertandingan dan program realiti yang saya sertai, saya tak berpeluang nyanyikan lagu– lagu sebegini.

“Saya sangat berpuas hati sebab dapat meluahkan dan menyanyi dalam feel 90an. Bukan tercedok cara Achik menyanyi, tetapi saya menghormati lenggok dan cengkok melayu yang dinyanyikan penyanyi asal.

“Kalau kita dengar lagu-lagu era 90an cara nyanyian mereka memang berbeza dengan penyanyi masa kini. Harapan saya semoga pendengar dapat terima lagu Malam Semakin Dingin dalam nafas baru ni,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI