Juara Hero Oven Musim Ke-2, Adam Didam Telah Kembali Ke Rahmatullah

Share

Chef selebriti, Adam Didam atau nama sebenarnya, Adam Mahamed Ismail dilaporkan telah meninggal dunia, jam 5 pagi tadi.

Kematian chef selebriti berusia 29 tahun  meninggal oleh sepupunya, Natasha Amran yang juga merupakan sepupu kepada ibu pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.

“ALFATIHAH UNTUK ADAM SEMOGA ROH ADAM DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN,” tulisnya.

Menurut sumber mStar Online, juara program masakan Hero Oven musim kedua itu telah meninggal dunia akibat penyakit jangkitan paru-paru.

Jenazah Adam telah disembahyangkan di Masjid Telipot pada pukul 10.00 pagi ini dan akan di bawa ke tanah perkuburan Lemal, Pasir Mas, Kelantan.

MH mengucapkan salam takziah buat keluarga Adam semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Sumber : Instagram Natasha Amran, mStar Online, Neelofa

IKLAN