Filem sering menjadi cermin yang menampilkan wajah sebenar sebuah bangsa. Dalam konteks Malaysia, layar perak bukan sahaja merakam kisah hiburan, tetapi turut menjadi medium menyemai semangat patriotik, muhibah dan kebersamaan.

Kini, beberapa karya agung tempatan yang mengangkat nilai perpaduan boleh ditonton semula menerusi Astro One dan sooka dengan barisan selebriti popular turut menyarankan pilihan mereka untuk rakyat sama-sama hayati. Mudah sahaja semuanya di hujung jari.

Pelakon  Amelia Henderson memilih Ola Bola sebagai naskhah yang wajar diulang tonton. Filem berlatarkan era 1970-an itu mengisahkan pasukan bola sepak Malaysia yang berbilang kaum, menempuh kesukaran demi mengharumkan nama negara di pentas Olimpik. Semangat setiakawan dan kesungguhan pasukan itu menjadi simbol bagaimana perbezaan latar bukan halangan untuk mencapai kejayaan.

Jom Usha Karya Terbaik Di ASTRO, Rasai Karya Perpaduan Rakyat Saranan Selebriti Popular
Ola Bola antara filem yang membangkitkan semangat patriotik

Aktor Sean Lee pula menyarankan Lee Chong Wei: Rise of the Legend, kisah benar tentang perjalanan seorang anak Malaysia daripada kehidupan serba kekurangan hingga menjadi ikon sukan dunia. Filem ini mengangkat nilai kerja keras, ketabahan dan rasa bangga terhadap tanah air, inspirasi yang cukup dekat dengan jiwa rakyat.

Manakala, pengacara tersohor Malaysia, Datuk Aznil Hj. Nawawi memilih 1957: Hati Malaya sebagai karya yang wajib ditonton semula. Filem lakonan Maya Karin dan Rusdi Ramli ini bukan sahaja merakam detik kemerdekaan, malah membangkitkan semangat patriotisme dalam kalangan penonton, khususnya generasi muda yang perlu mengenali erti merdeka sebenar.

Ads
Jom Usha Karya Terbaik Di ASTRO, Rasai Karya Perpaduan Rakyat Saranan Selebriti Popular
Salah satu babak dalam filem 1957: Hati Malaya

Sementara itu, hos dan pelakon, Prem Shanker mengetengahkan Rise: Ini Kalilah sebagai pilihan. Filem yang berlatar Pilihan Raya Umum 2018 ini mengisahkan enam rakyat Malaysia dengan latar kehidupan berbeza tetapi saling bertaut, memperlihatkan cita-cita bersama untuk sebuah negara yang lebih baik. Ia mengingatkan bahawa masa depan hanya boleh digapai jika rakyat berdiri sebagai satu.

Selain pilihan selebriti ini, terdapat juga filem lain yang wajar diberi perhatian. Leftenan Adnan menampilkan pengorbanan wira negara yang gugur demi mempertahankan tanah air daripada tentera Jepun, manakala Bukit Kepong merakam keberanian anggota polis menentang serangan komunis pada tahun 1950.

Kedua-dua karya ini menjadi simbol bahawa keamanan yang kita nikmati hari ini dibayar dengan harga pengorbanan yang tidak ternilai.

Ads
Jom Usha Karya Terbaik Di ASTRO, Rasai Karya Perpaduan Rakyat Saranan Selebriti Popular
Filem The Journey menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat

Filem box-office, The Journey pula mengetengahkan sisi kekeluargaan dengan mesej perpaduan yang lebih lembut tentang kisah seorang ayah konservatif yang akhirnya menerima perbezaan budaya dalam perkahwinan anaknya.

Begitu juga dengan Kampung Pisang Kita Setandan yang memaparkan solidariti kampung Melayu membantu seorang pemuda Cina untuk mengahwini gadis pilihannya, membuktikan perpaduan boleh lahir dalam bentuk paling sederhana.

Pilihan selebriti ini, disokong dengan deretan karya patriotik lain, membuktikan bahawa filem tempatan bukan sekadar karya seni, tetapi juga wadah pendidikan jiwa. Dari medan perang hingga ke padang bola, dari balai polis terpencil hingga ke lorong keluarga desa, semua filem ini mengangkat mesej bahawa muafakat adalah akar kepada Malaysia.

Ads

Hakikatnya, filem-filem ini bukan hanya tontonan pengisi masa lapang. Ia adalah teks budaya yang merakam jiwa bangsa, mengingatkan kita bahawa Malaysia berdiri atas keberanian, kasih sayang dan pengorbanan bersama. Dalam dunia hari ini yang mudah terbelah oleh prasangka, karya-karya sebegini tampil sebagai titian yang merapatkan jurang dan menyatukan hati rakyat.

Maka, jom usha filem-filem penyatu bangsa ini hanya melalui Astro One & sooka. Hayatilah bagaimana setiap kisah yang merentas budaya, mampu menyatukan hati kita sebagai rakyat Malaysia.

Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads