“Jom Solat Dengan Abang,” – Imamkan Kanak-Kanak, Cara Fattah Amin Ini Cukup Sentuh Hati…

Share

Menerusi perkongsian di Insta Stories, pelakon Fattah Amin dilihat sedang berbual mesra dengan kanak-kanak di sebuah sekolah.

Dilihat cukup bijak mengambil hati, pelakon popular ini turut mengambil kesempatan berkongsi perihal perkembangan kerjayanya kepada kanak-kanak ini sambil berswafoto.

Bagaimanapun, tindakan seterusnya cukup menyentuh hati apabila mengajak kanak-kanak lelaki turut sama bersolat bersama selain menjadi imam.

“Rapatkan saf. Pandai sangat nak solat. Ni dah ambil wuduk belum?”

Sementara itu, seorang kanak-kanak perempuan turut dilihat mempersoalkan mengapa suami kepada Fazura ini mengenakan solekan.

Pandainya Fattah melayan kanak-kanak. Menurut Fattah kepada MH, dia dan Fazura sudah bersedia menerima cahaya mata sekiranya ada rezeki. Sama-sama kita doakan.

Foto – Instagram Fattah Amin

IKLAN