Isteri kepada pelawak dan penyampai radio popular Johan iaitu Ozlynn Waty percaya suaminya akan bersinar di tempat kerja baharu setelah memulakan tugasan pertamanya pada awal pagi Selasa.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram miliknya, Ozlynn yakin letaklah suaminya di stesen manapun pasti Johan tahu untuk membawa diri serta memberikan perkhidmatan terbaik dalam profesionnya sebagai penyampai radio.
“Jangan lupa dengarkan @hotfm976 hari ini. Nampak papa (Johan) selesa nawwwww yek..
“Papa campak di mana-mana pun dia tahu nak bawa diri,” tulis Ozlynn.
Ozlynn yang juga merangkap pengurus peribadi kepada Johan itu juga percaya suaminya itu sentiasa dimurahkan rezeki kerana rumah mereka senantiasa dipenuhi tetamu yang secara tidak langsung menyumbang kepada perkara tersebut.
“Istana (rumah) kita selalu penuh dengan tamu sebab itu murah rezeki sebab tiap tamu yang datang bawa rezeki dan doa untuk kita.
“InsyaAllah ada lagi rezeki untuk mereka (tetamu),” tulis Ozlynn lagi.
Ads
Hari ini merupakan hari pertama gandingan trio baharu pagi Hot FM iaitu Johan, AG dan Fara Fauzana menerusi segmen Bekpes Hot yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.
Johan sebelum ini pernah berkhidmat di stesen radio Era menerusi gandingan popular JoHaRa bersama Haniff dan Ray selama lebih 10 tahun.
Ads
Legasi JoHaRa kini diteruskan menerusi gandingan baharu, Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin menerusi segmen 3 Pagi Era yang sudah pun bersiaran sejak dua minggu lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jozlynnhanania
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit dan pengarah, Michael Ang berang dengan sikap segelintir pihak yang hanya ingin menjadi peluang berlakon sebagai platform untuk mengejar populariti semata-mata.
Menurut Michael, sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri didalam dunia lakonan haruslah mempunyai bakat dan mempersiapkan diri dengan ilmu agar tidak menyusahkan orang lain di kemudian hari.
“Pening dan fed up. Semua nak jadi pelakon. Mari sini aku bagitahu sikit, jadi pelakon itu bukan untuk glamour sahaja ya. Kena ada bakat dan ilmu berlakon.
“Bukan masuk set, satu benda pun tak tahu. Akhirnya aku kena berlakon untuk untuk kamu tiru. Macam tu baik kau bayar aku, bukan aku bayar kau,” tulis.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengarah drama Setelah Lafaznya Akad 2 itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Katanya lagi, apalah guna para pelakon menerima bayaran yang tinggi tetapi masih lagi harus diberikan tunjuk ajar untuk setiap watak yang dilakukan.
Michael turut menambah, sekiranya terdesak untuk meraih populariti, mereka tidak sepatutnya terjun di dalam bidang lakonan.
“Kalau nak glamour cepat dan tak menyusahkan orang, buat sahaja benda bodoh-bodoh dekat Tik Tok. Buat sendiri atau post sahaja gambar sendiri yang tak senonoh. Kan tak menyusahkan orang.
“Jangan buang masa dan menyusahkan orang. Jangan ingat muka cantik dan handsome followers banyak nak demand harga tinggi sedangkan talent langsung tak ada,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut berharap agar teguran tersebut dapat membuka mata semua pihak di luar sana.
Dalam perkembangan lain, drama terbaru arahan Michael yang berjudul The Maid 2 kini sedang ditayangkan pada setiap Rabu jam 9.30 malam di saluran Astro Ria.
The Maid 2 menampil barisan-barisan pelakon hebat tanah air seperti Eina Azman, Sherry Al-Hadad, Ieda Moin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan selebriti popular Hollywood, Kim Kardashian dan Pete Davidson dikhabarkan sudah berpisah setelah selepas sembilan bulan menjalinkan cinta.
Menurut sumber terdekat pasangan tersebut, Kim dan Pete memilih untuk memutuskan hubungan beberapa minggu lalu.
“Kim dan Pete telah membuat keputusan untuk menjadi kawan sahaja sekarang.
“Walaupun tidak lagi menjalinkan hubungan, namun kedua-duanya mempunyai banyak kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain.
“Mereka melihat hubungan jarak jauh dengan kepadatan jadual kerja menyukarkan untuk mengekalkan hubungan mereka,” kata sumber tersebut.
Pete kini dikhabarkan berada di Australia, menjalani penggambaran filem terbaharu berjudul Wizards! sepanjang musim panas ini.
Manakala, Kim pula meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal kepada empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suami, penyanyi dan rapper, Kanye West.
“Kim dan Kanye gembira dapat sama-sama membesarkan anak mereka secara ‘co-parenting’,” kata sumber lagi.
Kim dan Kanye mendirikan rumah tangga pada Mei 2014 namun disahkan berpisah pada Februari tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai empat anak iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengasas Bersama Zebra Studio dan Penerbit Eksekutif, Saraleana Nattaya Azmi menjelaskan pihaknya tidak meletakkan harapan tinggi menerusi naskhah terbaharu, Gadis Jolobu The Movie yang meski filem tempatan, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencipta fenomena dengan kutipan lebih RM90 juta.
Saraleana berkata, dia bagaimanapun optimis terhadap filem berkenaan yang mula ditayangkan di pawagam bermula hari ini.
“Insya-Allah, Gadis Jolobu The Movie ada potensi, tetapi sebagai penerbit, saya tidak mahu mengatakan filem ini boleh mencapai angka besar. Bohong jika tidak mengharapkan Gadis Jolobu The Movie pecah panggung, namun tidak meletakkan harapan meraih kutipan puluhan juta.
“Saya tahu ramai mungkin membandingkan dengan filem Mat Kilau, tetapi genrenya berbeza. Bajetnya pula lebih rendah iaitu sebanyak RM2.5 juta,” katanya.
Sebagai kelainan, pihak juga dalam perancangan untuk melakukan wayang pacak filem Gadis Jolobu The Movie di sekitar Negeri Sembilan, September depan.
Jelasnya, filem itu juga dihasilkan bagi menggamit semula memori filem komedi arahan Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang sehingga kini masih segar dalam ingatan penonton.
“Kami mahu bawa balik filem P Ramlee seperti nyanyian dalam filem. Menerusi filem Gadis Jolobu The Movie, kita boleh lihat sisi Hattan yang berbeza, daripada lantang bersuara, beliau menyanyi dan melawak.
“Walaupun Gadis Jolobu The Movie mengetengahkan dialek tempatan, tetapi kami berhasrat membawanya hingga pasaran global. Selepas tayangan di Malaysia, Gadis Jolobu The Movie akan dibawa ke Brunei, Indonesia dan Thailand.
“Saya percaya Gadis Jolobu The Movie mampu menarik perhatian orang luar dan tempatan lebih menghargai kecantikan Malaysia. Kami menghasilkan filem dialek untuk membawa kandungan tempatan ke peringkat global.
“Jadi, mengapa pengarahnya, CL Hor banyak mengetengahkan sinematografi cantik dengan memperlihatkan kawasan kampung dan sawah padi sebab apabila filem ini ditayangkan di Thailand dan Brunei, mereka boleh melihat kecantikan destinasi di Malaysia,” katanya lagi.
Sementara itu, CL Hor yang juga pengasas Zebra Studio yakin dengan kelainan filem berkenaan yang memaparkan keunikan adat dan budaya Malaysia, ia mampu berdiri setanding dengan filem genre lain sedia ada.
“Gadis Jolobu mengangkat adat dan budaya yang berwarna-warni dengan sinematografi persekitaran kampung. Malah, elemen komedi akan menambahkan perisa memperkenalkan Malaysia di mata dunia.
“Jujurnya, saya sudah lama mahu menghasilkan filem budaya tempatan sebab saya selalu melihat Malaysia mempunyai banyak tarikan lokasi yang cantik.
“Menerusi filem ini saya berpeluang menjayakan penggambaran di kawasan kampung untuk membawakan ‘feel’ kampung ke layar perak, sekali gus memperkenalkan lokasi Malaysia untuk penonton luar,” katanya.
Projek mega dimeterai syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd itu diterajui Datuk Hattan, Khir Rahman, Joey Daud serta bintang baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin.
Walaupun berbangsa Cina, CL Hor mengakui tidak berdepan kesukaran untuk memahami dialek Negeri Sembilan selepas membaca skrip berulang kali.
“Saya membaca skrip berulang kali dan penulis skrip juga ada melakukan terjemahan. Jadi, tidak susah untuk difahami.
“Namun di sebalik dialek, saya juga banyak menggunakan bahasa tubuh supaya ia lebih mudah difahami penonton. Jadi, jika tak faham bahasa pun penonton boleh ketawa melihat gelagat pelakon,” katanya.
Melihat banyak wajah baharu menerusi filemnya, CL Hor menjelaskan, hasrat untuk memberi peluang kepada pelakon baharu selaras dengan wawasan Zebra Studios Sdn Bhd yang mahu mengetengahkan bakat baharu.
“Saya bertuah mempunyai penerbit dan rakan kerja yang percaya kepada saya untuk mengetengahkan bakat baharu. Industri perfileman Malaysia patut memberi peluang kepada pelakon muda.
“Jangan melihat pelakon popular seperti Datuk Adi Putra saja yang mampu mengangkat filem tempatan. Jadi, saya mengambil risiko dan percaya boleh melatih bintang baharu menjadi pelakon lebih baik.
“Saya gembira melihat hasilnya menerusi filem Gadis Jolobu The Movie. Semua orang suka melihat lakonan bakat baharu dalam filem ini,” katanya lagi.
Gadis Jolobu The Movie yang menjalani penggambaran di Kampung Lonek, Negeri Sembilan bermula 2 Mac lalu.
Ia memaparkan kisah tiga bujang terlajak yang rapat sejak kecil dalam usaha mencari jodoh di kampung halaman. Gadis Jolobu The Movie menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara hari ini, manakala platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...