Ads

Johan As’ari Dedah Pernah Ditolak Produksi Sebab Sering Hilang?

Pelakon, Johan As’ari menjelaskan sebab ‘kehilangannya’ hingga menyebabkan namanya pernah ditolak pihak produksi kerana dipercayai mempunyai masalah disiplin.

Katanya, dia situasi tersebut berlaku kerana pergi menunaikan kewajipannya sebagai umat Islam.

“Memang pernah nama sama saya orang produksi tak nak sebab waktu makan tengahari, saya hilang pergi masjid.

 

“Begitu juga ketika minum petang, saya pergi masjid hingga pihak produksi tak mahu ambil saya sebab sering hilang.

 

“Saya ke masjid itupun kalau masjid dekat dengan lokasi penggambaran, jika tidak saya hanya bersolat di lokasi sahaja.

 

“Walaupun saya solat bukan pada awal waktu tapi saya percaya sebagai pelakon,saya mampu untuk melakukan perkara wajib sebagai muslim,” katanya ketika dalam program bual bicara terbaru, Planet Mawi.

Johan muncul sebagai tetamu undangan untuk segmen Orang Berani Minggu Ini dalam program terbaru, Planet Mawi yang disiarkan menerusi Facebook Live pada setiap Jumaat, jam 9.33 malam bermula 10 Ogos lalu.

Ads

Sementara itu, Johan menerusi satu entri di laman Instagramnya mengatakan bahawa dia okay sahaja walau apapun orang kata mengenainya.

Ads

“Orang cakap apa pun dekat aku, aku ok.. aku selalu ok.. aku takde lah ego sangat.. kadang-kadang bila orang atasan tu melampau betul barulah aku ambil tindakan.

 

“Aku tetap aku walau siapapun aku. Kita semua tiada apa-apa melainkan ingin mengenal ALLAH S.W.T. dan mengamalkan islam dengan sempurna. Alhamdulillah, syukurlah.
#ilahiantamaksudiwaredhakamatlubi,” tulisnya.

Ads

Alahai, bertabahlah Johan. Kadang-kadang benda yang baik itu memang ada sahaja dugaannya. Apa-apapun, semoga Johan kekal istiqamah ya.

Foto/Instagram: Johan As’ari

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Michelle Yeoh Tersenarai Calon ‘Worst Actress’ Anugerah Razzies 2026

Pelakon kelahiran Malaysia yang juga pemenang Anugerah Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh, tersenarai sebagai calon Worst Actress pada Golden Raspberry Awards 2026 atau dikenali...
error: Hello. Cannot.