Tahun 2019 sudah memasuki pertengahan tahun, mungkin ada perkara yang gembira dan pahit yang dialami setiap individu.
Begitu juga dengan alam perkahwinan, ada yang menyulam cinta bahagia dan ada juga sebaliknya.
Namun, tidak semua perkahwinan sentiasa indah, ada juga yang berhadapan dengan situasi tegang dan terpaksa bertemu dengan jalan pengakhiran iaitu penceraian.
Untuk tahun 2019, MH senaraikan barisan selebriti yang ‘terhenti’ kisah cintanya bersama pasangan hidup.
1. Sam Bunkface & Aida Azira
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama penuhnya Shamsul Anuar menjatuhkan talak satu ke atas Aida Azira pada hujung Januari lalu.
Aida yang juga seorang penerbit rancangan mengambil keputusan dibuat bersama dan keluarga masing-masing reda dengan jalan yang diambil.
Sam sebelum ini mendakwa rumah tangga yang dibina mengalami pergolakan namun masih tinggal bersama.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.
2. Datuk A.Aida & Ariff Aziz
Kes penceraian penerbit drama, Datuk A.Aida dan Ariff Aziz menjadi bualan hangat ramai pihak apabila Ariff melafazkan cerai talak satu ke atas A.Aida pada 25 April lalu.
Bagaimanapun, A.Aida membuat pengumuman di sidang media pada Selasa.
Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 selepas tiga bulan bercinta.
Ads
Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penerbit drama itu.
3. Radhi OAG & Ayu Zahiri
Isteri kepada vokalis OAG, Nur Shahira Ayu Zahiri, mendakwa penyanyi terbabit sudah pun melafazkan talak terhadapnya Mac lalu.
Malah wanita yang mesra disapa Ayu itu juga mengakui masalah rumah tangga yang berlaku sudah pun terjadi sejak sekian lama.
Lafaz cerai juga akan disahkan menerusi prosiding di mahkamah dalam masa terdekat
Terdahulu, Radhi, 41, dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan sebelum ini, penyanyi berkenaan pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 kemudian berpisah pada 8 Jun 2010.
Hasil perkahwinan terbabit, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rifdi Muslim, 14 tahun.
Ads
4. Bella Astillah & Aliff Aziz
Pasangan selebriti Bella Astillah dan Aliff Aziz menjadi perbualan hangat apabila Aliff menceraikan Bella dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Mei lalu.
Lebih sedih, kes itu berlaku pada bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak.
Sebelum ini, penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu terpalit dengan beberapa isu curang sebanyak tiga kali yang membabitkan gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular.
Selain gambar, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memaparkannya bersama gadis sama dikenali sebagai Nismel itu.
Terdahulu, Aliff terpalit kontroversi pada Julai 2017 dengan adik Anzalna Nasir, Afifah. Bagaimanapun, Bella memaafkan perbuatan Aliff hingga kejadian membabitkan pelakon baharu, Oktovia Manrose, sekitar Februari lalu.
Untuk rekod, Aliff dan Bella Astillah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Mohamad Ayden Adrean.
Ads
5. PU Abu & Ain Afini
Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi melafazkan cerai ke atas isterinya, Ain ‘Afini Latif.
Penceraian dilakukan PU berusia 25 tahun menerusi aplikasi Whatsapp pada 13 Mac lalu.
Lebih mengejutkan, apabila Ain ketika itu sedang sarat hamil tujuh bulan anak sulung.
Abu kemudian berkahwin dengan janda anak satu, Hana Azraa.
6. Vanidah Imran & Rashidi Ishak
Status perkahwinan antara pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran terjawab apabila aktor itu mengakui mereka sudah bercerai pada 9 Ogos 2018.
Bagaimanapun, mereka merahsiakan perkara ini selama tujuh bulan kerana mahu menghormati keluarga masing-masing.
Terdahulu, Rashidi mengumumkan penceraiannya melalui Instagram pada pertengahan Mac lalu.
Untuk rekod, Rashidi dan Vanidah telah berkahwin pada 1 Oktober 2000. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, 15.
Foto : Carian Google, Instagram Selebriti
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob ada berkongsi cerita dirinya pernah terlibat dalam sebuah filem hits, Janji Diana.
Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi yang sinonim dengan lagu Asmara Ini ada memuat naik sedutan filem tersebut bersama pengikutnya.
Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob terlibat di dalam filem yang turut menampilkan nama besar seperti seperti Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Elly Mazlein.
“Ramai tanya saya “Tak berlakon filem lagi ke?” Ada jugak yang cakap “Muka Chef macam yang berlakon filem #JanjiDiana tu lah!” Hahaha.
“Well, buat yang tak tahu, ini antara sedutan filem yang pernah saya bintangi bersama pelakon2 hebat seperti @iamrosyam @errafazira @sarimahibrahim @iamellymazlein @landozawawi serta ramai lagi.
“Namun dalam filem ni, girlfriend saya di r*g*l beramai2 oleh geng @faizalhusseinofficial dan kawan2 nakal dia. Masa tu yang berlakon bersama saya penyanyi hebat @intansarafina.
“Saya pulak jadi biker kental masa ni, siap cukur kening nak nampakkan garang! Siapa yang sempat menonton filem ni?,” tulisnya.
Penyampai radio, Rea ada berkongsi mengenai kisah diri dan juga anaknya sepanjang melalui tempoh kuarantin ketika ini.
Menurut Rea, hatinya ada kalanya berasa sangat bimbang terutamanya ketika memikirkan mengenai anaknya yang baru sahaja belajar untuk makan makanan pejal.
“Quarantine-Day 4, 12/1 – Faeez tested positive Covid-19. 13/1 – Dhia turned 6 months old. Masa tu ralat sangat sebab Dhia first time boleh makan solid food. So Rea masa tu buat banyak research pasal first food untuk Dhia.
“Macam-macam fikir. Ok ke dia makan ni. Macam mana kalau allergic. Tak boleh keluar, doktor boleh datang ke tengok kalau apa2 jadi,” tulisnya.
Berkongsi kisah menerusi laman Instagram, Rea memaklumkan dirinya berasa sangat bersyukur kerana ditemani oleh kakaknya ketika pertama kali dia merasai symptom dijangkiti Covid-19.
“Boleh kata saya manusia yang paling banyak fikir sampai keesokan harinya bahagian belakang tengkuk sakit yang amat sangat. Allah je tahu sakit tak boleh nak menunduk dan mendongak. Tapi cakap kat diri sendiri kena kuat. Tak boleh mengalah. Sebab Faeez still kuarantin.
“Nasib baik ada my sister yang jaga Dhia and that time I curi masa untuk rest secukupnya. Yes, my sister tested negative. Sekarang dia self isolate at her house. Hope stay that way. InshaAllah,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, penyampai radio Kool FM turut meluahkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan mengenai kesihatan keluarganya.
“Again, I nak ucap thank you sangat utk yang bagi kata2 semangat dekat I dengan Faeez. Mungkin penerimaan setiap individu berbeza untuk virus ni. Tapi bila result Dhia pun positive, tak sampai setahun pun umur, of course I rasa macam nak tercabut nyawa I sendiri. She can’t even tell ‘mommy, i’m sick, mommy I’m not feeling well’.
“All I can do just keep praying and ask Allah to protect her. Alhamdulillah Allah Almighty listen to my duas and everyone that prayed for her! That day Dhia tested positive sampai la today Dhia sihat alhamdulillah. Itu dah cukup buat saya.
“Alhamdulillah syukur. Moga Dhia terus sihat sehingga habis tempoh kuarantin amin. Terima kasih semua yang mendoakan. I appreciate each and every one of you,” akhirinya.
Terdahulu. Rea sekeluarga telah dilaporkan positif Covid-19 pada tanggal 14 Januri lalu selepas suaminya yang juga merupakan pemain drum kumpulan Drama Band, Faeez Ikhwan ada melakukan kontak bersama rakannya yang telah dilaporkan positif wabak yang sama.
Sumber: Instagram Rea Kool FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...