Nampaknya bulan Syawal ini menjadi bulan yang cukup bermakna buat penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ahmad, Salwa Razak.

Salwa Razak atau sebelum ini lebih dikenali dengan nama Arrora Salwa mengesahkan dirinya sudah sah bergelar isteri kepada Ahmed Mahfuz yang merupakan seorang juruterbang Malindo Air.

Jodoh Salwa Razak Dengan Pilot Malindo Air

Enggan menggulas mengenai hantaran, Salwa memberitahu kepada MH Online, dengan sekali lafaz dia selamat bergelar isteri.

IKLAN

Majlis telah diadakan di Kota Tinggi, Johor yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman terdekat.

Apabila diajukan soal honeymoon, Salwa memberitahu dia masih belum ada sebarang rancangan untuk ke mana-mana.

IKLAN

Salwa juga memberitahu akan menumpukan perhatian pada kerjayanya sebagai seorang cabin crew di Malindo Air.

IKLAN

Apa pun kami ingin ucapkan tahniah dan semoga berkekalan sehingga anak cucu buat kedua pasangan ini.

Jom layan lagu Ahmad yang pernah popular suatu masa dahulu.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI