Penyanyi Hasnol Hassan Ariff sah bercerai bersama isterinya, Marina Mohin dengan talak satu di Mahkamah Syariah Bangi, Selangor, kira-kira jam 12.18 tengah hari tadi.
Meski reda, Hasnol, 52, bersyukur kerana akhirnya proses perceraian diselesaikan dengan baik.
“Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Tiada permusuhan dan insiden tak diingini sebab kami dah terima kenyataan tak dapat hidup bersama lagi. Seumpama tiada rasa sakit,” katanya, memetik Astro Gempak.
Ads
Hasnol pada masa sama turut menitipkan pesanan ikhlas buat Marina yang telah menjadi isterinya selama 12 tahun.
“Saya cuma mahukan dia juga cari kebahagiaan yang diimpikan,” katanya lagi.
Ads
Hasnol berkahwin dengan Marina pada 2010 dan mempunyai seorang anak iaitu Haneesa Maisara yang kini berumur 11 tahun.
Sementara menerusi perkahwinan pertamanya dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, Hasnol dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.
Ads
Terdahulu pada 2015 sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga pasangan ini pernah bergolak, namun ia kembali pulih seperti sedia kala.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi yang kini sedang bersaing dalam progra Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom berkongsi kisah hidupnya sewaktu memilih untuk meniggalkan suami dalam keadaan sedang hamil anak ketiga.
Susulan itu, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram mengakui dia juga melahirkan anaknya seorang diri.
“Saya tidak salahkan sesiapa, mungkin jodoh tak panjang. Masa saya tengah hamil dua bulan saya hidup sendiri, tidak sebumbung dengan suami. Daripada baby dalam perut itu berusia dua bulan saya bawa diri sendiri ke Langkawi.
“Sehinggalah saya lahirkan dia pun seorang diri, tak ada orang azan, tak tahu nak minta tolong siapa. Bila balik dari hospital tu, keadaan kita yang tiada suami. Susahlah seorang-seorang,” katanya.
Tom berkongsi situasi sukar itu menerusi sedutan rakaman temu bual sebelum persembahan, malam tadi.
Tom pada masa sama berharap dalam apa saja keadaan, dia akan tetap cuba membesarkan anak-anaknya dengan baik.
“Saya ada tiga orang anak, tapi yang saya jaga hanya dua orang. Untuk anak Mama, Adam. Mama minta maaf sebab tak dapat jaga Adam. Harap satu hari nanti kita akan dapat jumpa.
“Dan juga buat dua anak Mama, Mama buat semua ni untuk kami. Mama sanggup dikecam takpe, tak kisah. Janji Mama dapat lakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan kita,” katanya lagi.
Anak sulung Tom yang kini berusia 14 tahun kini dijaga sepenuhnya oleh bekas suami, sementara dua anaknya lagi bersamanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti TV popular, Aidid Marcelo akui terkilan dengan sikap segelintir pihak yang menghentam institusi sekolah tahfiz secara membuta tuli gara-gara kontroversi yang melibat seorang pendakwah selebriti baru-baru ini.
Menurut Aidid, disebabkan isu ini, ramai yang mula memberikan gambaran buruk sehingga ada yang mempertikai keperluan mempelajari Al-Quran di sekolah tahfiz.
“Aku sedih betul lepas terbaca komen-komen post gambar pendakwah disabitkan kes baru-baru ni.
“Memang semakin dekat kita dengan akhir zaman, bila semua pun nak tunjuk alim, tunjuk pandai, lepas geram dan macam-macam.
“Betul atau salah orang tu, biarlah ditentukan tapi yang sedihnya sesama Islam kat komen tu boleh sama naik sebarkan aib dan yang paling tak best tu dah sampai ketahap sentuh tentang keburukan sekolah tahfiz, tak perlu nak hafal Quran, boleh belajar sendiri, sebagai ayah boleh ajar anak sendiri,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Remaja itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, Aidid turut menyifatkan perbuatan seperti ini boleh berlaku di mana-mana dan jangan disebankan nila setitik, rosak susu sebelanga
“Bagi aku, kita tahu kita jahil macam mana. Kita tahu Allah tutup aib kita banyak mana. Jangan akibat salah seorang kena, kita sesama Islam sanggup bertikam lidah jauh daripada topic.
“Kalau nak jadi masalah, sekolah mana pun boleh jadi, tempat kerja mana pun boleh jadi, di rumah sendiri pun boleh jadi.
“Aku yang jahil ni, minta sangat kita janganlah tergolong dalam langkah-langkah kecil fitnah dajjal ni, dan aku doakan kita sesama Islam kena selalu sedar dengan apa yang sedang terjadi di negara kita sendiri,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu umat Islam terlalu mengikutkan nafsu amarah sehingga boleh memecahbelahkan agama.
“Dah lah tak mau cakap panjang sebab aku pun tak pandai mana, tapi rasa terpanggil nak tulis bila Sekolah Tahfiz dipandang hina bila berlaku sebegini.
“Kesimpulannya. Jangan kita tulis dengan rasa marah. Sebab tulis ni tak sama dengan kita bercerita. Dan ingat, syaitan akan sentiasa ada dengan kita untuk bantu karangkan ayat-ayat kita bila fikiran tengah bercelaru.
“Maaf kalau terasa dan terkasar. Hanya bersuara sebagai seorang muslim dan ayah,” akhirinya.
Baru-baru ini, seorang pendakwah selebriti didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aidid Marcello
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!