Gitaris terkenal, JoBranko menafikan dakwaan dia sengaja meletakkan bayaran yang tinggi untuk kumpulan Barbarik sebagai tanda untuk menolak usaha berdamai yang cuba dilakukan vokalis Wings, Datuk Awie.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, JoBranko atau nama sebenarnya Abdul Zamin Abdul Kadir menyifatkan soal harga ini tidak sepatutnya dicampurkan dengan urusan peribadi.
“Saya ingin menegaskan bahawa soal harga yang dibincangkan adalah perkara biasa dalam mana-mana urusan profesional, termasuk dalam industri muzik.
“Setiap artis, termasuk Barbarik, mempunyai hak untuk meletakkan nilai yang sesuai berdasarkan pengalaman, bakat, dan reputasi.
“Saya pasti, Awie atau mana- mana artis yang lain juga mempunyai nilai yang pada hemat mereka bersesuaian dengan reputasi dan harga pasaran mereka. Ini adalah perkara asas dalam industi hiburan di seluruh dunia.
“Meletakkan harga tertentu tidak
seharusnya dianggap sebagai penolakan terhadap hubungan silaturahim. Adalah penting untuk kita memisahkan urusan profesional daripada hal peribadi,” katanya.
Pada masa sama, bekas gitaris kumpulan Wings ini memaklumkan dia akan sentiasa menyambut baik usaha berdamai ini jika ia dilakukan secara ikhlas.
Ads
“Jika benar niat untuk bersilaturahim, cara terbaik adalah dengan pendekatan peribadi bukan melalui tawaran komersial seperti konsert.
“Saya terbuka untuk duduk dengan sesiapa sahaja, termasuk Awie jika tujuan utama adalah untuk memulihkan hubungan lama.
“Tetapi ianya mesti di mulakan dengan niat dan tujuan yang tulus dan ikhlas,” ujarnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, JoBranko akui kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Awie selain turut menyifatkan ia tindakan yang tidak profesional.
“Mengeluarkan kenyataan yang jelas mengelirukan sebenarnya bukan untuk memulihkan hubungan silaturahim tapi kelihatan mempunyai niat yang tidak baik.
“Dalam dunia teknologi masa kini, Awie boleh saja menghantar mesej menggunakan Whatsapp atau menghubungi telefon saya jika beliau ikhlas tetapi mengeluarkan kenyataan melalui media dan mempersoalkan harga yang letakkan oleh kumpulan Barbarik adalah
jelas tidak profesional,” ujarnya.
Ads
Katanya lagi, dia juga sudah pun memaafkan dan melupakan segala sengketa lama bersama Wings.
Malah, dia kini hanya mahu memberikan fokus bersama Barbarik dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Media semalam melaporkan Awie menerusi syarikatnya menawarkan kepada JoBranko dan kumpulannya, Barbarik untuk mengadakan persembahan di Rock Warrior Music Festival (RWMF) tetapi tidak kesampaian apabila JoBranko dikatakan meletakkan harga tinggi.
Awie kemudian mendakwa JoBranko menolak silaturahim yang dihulurkan apabila menolak tawaran itu dengan meletakkan harga yang tinggi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram JoBranko
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Amir Ahnaf akui terkejut apabila membaca artikel berkenaan hubungannya bersama salah seorang anggota Dolla, Angel, selepas dia hadir menonton konsert sulung ‘girlgroup’ itu di Zepp KL, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, tidak menafikan mereka sebenarnya sudah saling mengenali sejak tahun lalu.
“Bila bangun pagi, saya ada terbaca sebuah artikel mengenai perkara itu. Saya hadir untuk menyokong Angel dan saya memang salah seorang peminat Dolla.
“Sejak debut mereka lagi, saya sudah teruja memandangkan kita akhirnya ada girl group yang ada potensi besar untuk kembangkan bakat ke peringkat antarabangsa.
“Siapa lagi yang nak sokong kalau bukan kita. Itu sajalah,” katanya ketika ditemui di majlis Wrap Party Kahar Kapla High Council, di Six In The City, Petaling Jaya, pada Rabu.
Amir turut menjelaskan dia ada menghubungi Angel secara peribadi untuk bertanya mengenai konsert tersebut.
“Kita ada bermesej dan saya tanya bila tarikh konsert. Lalu dia tanya sama ada saya nak hadir atau tidak dan saya memang tidak mahu lepaskan peluang untuk menonton persembahan mereka.
“Macam itu sajalah… as simple as that,” katanya yang turut meminati beberapa buah lagu Dolla seperti Bad dan Classic.
Amir pada masa sama terbuka sekiranya ada rezeki untuk saling bekerjasama dengan kumpulan MPop itu, misalnya menerusi penghasilan muzik video mana-mana single Dolla selepas ini.
Terdahulu, kehadirannya ke konsert sulung Dolla, Dolla Re: Birth The Experience mengundang spekulasi warganet mengenai sejauh mana hubungannya dengan Angel.
Pada malam konsert itu, Amir difahamkan baru saja selesai menjadi model untuk satu acara pertunjukan fesyen di ibu kota sebelum bergegas ke konsert bersama rakan pelakon, Hazeeq Dean.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin beberapa jam lalu ada memuat naik foto yang dikeas kini di Instagram.
Menariknya, gambar yang berlatar belakangkan seperti bayangan surau itu dihujani ucapan syukur dan tahniah buat bekas juara Akademi Fantasia 5 itu.
“Punya cita cita ingin BINA sebuah MASJID… Insya Allah jika Allah izinkan..Suatu hari nanti..Insya Allah… Rakan rakan DOAKAN saya agar dapat BINA Masjid 1 hari nanti #Aminnnnnnnnn.
“Sekarang Bina SURAU dahulu…. Alhamdulillah, Surau Lelaki & Perempuan dibawah BIZMILLA dibina di Level 2, Bizmilla Wedding Centre, One City Subang…Insya Allah surau tambahan di One City ini dapat menampung dalam 40 Jemaah / Masa bagi setiap surau,” tulisnya.
Malah, Mila juga berharap agar surau yang baru dibina itu boleh memberi manfaat kepada semua.
“Moga dengan surau tambahan ini, dapat ia mempermudahkan urusan tetamu menunaikan solat ketika hadir ke Majlis Persandingan di BIZMILLA Wedding Centre,” tulisnya.
Foto: Instagram Mila Jirin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, mereka yang menemui satu kejayaan pasti akan menempuhi fasa kegagalan terlebih dulu.
Pastinya, ia bukan satu perkara yang mudah.
Terbaru, artis versatil Zulin Aziz ada memuat naik satu rakaman video menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut merakamkan Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Aziz berkongsi satu tips untuk bangkit daripada kegagalan atau bagaimana untuk meneruskan kehidupan daripada satu kekecewaan.
“Pertama sekali adalah reda, tapi macam mana kita nak reda tu adalah bila kita pandang ke depan. Kita ni nak hidup sampai esok sahaja ke? Jadi kenapa kita nak bersedih dengan kegagalan?
“Allah masih bagi kita ruang lagi, selagi kita masih bernyawa dan kita masih ada lagi kesempatan masih ada peluang untuk merasai bahagia.
“Jadi bila kita rasa kegagalan kenapa kita nak rasa kegagalan itu seumpama esok macam kita dah nak mati.
“Selagi kita hidup InsyaAllah akan ada benda yang lebih baik dalam hidup kita,” kongsi Zulin.
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.