Setiap anak di dunia ini pasti akan merasakan kehilangan jika ibu atau bapanya pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

Perkara itu juga terpaksa dilalui oleh pelakon popular, Zul Ariffin yang baru sahaja kehilangan ibunya pada awal Disember yang lalu.

Arwah ibu Zul telah meninggal dunia akibat serangan jantung dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediaman kakak kepada Zul yang terletak di Sungai Penchala, Damansara.

IKLAN

Menurut satu sumber, Zul berkata dia terpaksa menolak banyak tawaran bagi memberi dirinya ruang merawat jiwa yang kosong.

IKLAN

“Ketika ini, banyak tawaran yang terpaksa saya ketepikan kerana saya seperti hilang arah tuju. Saya benar-benar rasa kehilangan. 

 

“Di hadapan orang, saya mungkin masih boleh tersenyum dan tenang, sebaliknya jauh di sudut hati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jiwa saya memang tidak tentu arah ketika ini.

 

“Mungkin saya menyimpan rasa terkilan kerana tidak sempat bersama arwah pada saat beliau menghembuskan nafas terakhir. Ketika saya tiba, arwah sudah tutup mata. Ia sangat memberi kesan pada jiwa saya,” katanya kepada BH Plus.

Tambah pelakon ini lagi, beberapa hari sebelum ibunya meninggal dia tergerak hati untuk memohon maaf atas segala kesalahannya terhadap arwah ibu dan berhasrat untuk membawa ibunya menunaikan umrah namun apakan daya hasratnya itu tidak kesampaian.

IKLAN

“Saya bersyukur sempat berbual panjang dan keluar bersama arwah beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. 

 

“Entah kenapa saya tergerak hati memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan kepadanya. Saya memberitahu perancangan mengajaknya bercuti ke Dubai, seterusnya menunaikan umrah di Makkah, bulan depan.

 

“Hasrat saya mahu membawa ibu ke Dubai dan menunaikan umrah tidak kesampaian. Saya terbang juga ke Dubai untuk membawa hati dengan ditemani abang angkat dan keluarganya. 

 

“Insya-Allah, bulan depan saya menunaikan umrah,” kongsinya.

MH doakan agar roh ibu Zul tenang di samping penciptaNYA dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: BH Plus

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI