“Jika Bulan Depan Masih Tak Dibenarkan Kerja, Tak Tahu Nak Kata Apa,” – Dilema Azlee Khairi, Kini Bergantung Penuh Pada Duit Simpanan

Share

Pelakon, Azlee Khairi, mengakui dirinya kini terpaksa bergantung penuh dengan duit simpanannya memandangkan dia kini sudah hampir dua bulan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penggambaran.

Memetik laporan Harian Metro, Azlee mendedahkan segala aktiviti seninya telah pun dihentikan lebih awal memandang salah seorang pelakon ketika sedang menjayakan sebuah projek didapati positif Covid-19.

“Sebenarnya dua minggu sebelum PKP 3.0 lagi, aktiviti penggambaran drama Saya Tunggu Awak yang saya bintangi sudah dihentikan kerana salah seorang pelakonnya, Puteri Sarah disahkan positif Covid-19.

“Namun, tak sangka pula kes jangkitan setiap hari meningkat hingga sekarang dan kita masih tidak dibenarkan bekerja dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya seperti yang dipetik.

Pada masa sama, Azlee turut memaklumkan dirinya amat bersimpati dengan nasib yang menimpa para penggiat seni yang lain terutamanya buat kereka yang berkhidmat di belakang tabir.

“Namun, yang saya paling kasihan sekarang ialah pekerja produksi kerana kebanyakan mereka bergantung hidup sepenuhnya dengan aktiviti kerja penggambaran.

“Ditambah, kos hidup sekarang pun agak tinggi,” katanya lagi.

Pelakon drama, Hari Kita Jatuh Cinta itu turut mendedahkan dirinya terpaksa menolak beberapa tawaran drama memandangkan komitmennya bersama drama lain masih lagi belum tamat.

“Untuk saya sendiri pun, jika bulan depan masih tidak lagi dibenarkan bekerja memang tak tahu nak kata apa.

“Tak boleh fikir apa akan jadi dan kini hanya mampu berharap semoga ada sinar untuk kita semua keluar dari belenggu pandemik ini,” akhirinya.

Dalam perkembangan lain, Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Sumber: Harian Metro & Instagram Azlee Khairi

IKLAN