“Jika Ada Berhutang Dengan Ibunda, Kami Percaya Telah Dihalalkan Kerana Itu Sifat Beliau,” – Ibu Meninggal Dunia, Ozlynn Wati Reda Ketentuan Illahi

Share

Pelakon, Ozlyn Wati berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Isnin.

Perkhabaran sedih itu dikongsikan oleh isteri kepada pelawak, Johan itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Kepada yang mengenali ibunda kami, Rozidah binti Jumari, beliau telah pun kembali ke Rahmatullah dan semoga meninggalnya khusnul khatimah.

“Jika ada sesiapa yang pernah terasa hati dengan beliau harap ampunkan dosa-dosa ibunda kami, jika ada yang berhutang dengan ibunda, kami percaya telah dihalalkan kerana itu adalah sifat beliau, tetapi jika ibunda kami ada terhutang pada kalian sila hubungi kami,” tulisnya.

Akui reda dengan pemergian tersebut, Ozlynn turut dilihat ada menitipkan doa buat allahyarham ibunya itu semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Dikesempatan itu juga, pelakon drama, Kalau Dah Berbini itu turut meluahkan rasa terharu kepada semua pihak yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat kepadanya sejak daripada semalam.

“Dan yang pasti gambar bahagia itu di ambil pada awal ramadhan tahun ni sebelum PKP dan pasti bukan gambar terakhir ibunda berjemaah dengan kami.

“Ya Allah, kami redha atas pemergian ibunda tercinta dan tempatkanlah beliau di sisi hambamu yang beriman. Terima kasih pada semua yang tak henti-henti call text doakan ada yang tak kenal pon.

“Yang dm tak henti-henti doakan untuk ibunda kami, SubhanAllah Alhamdulillah AllahuAkbar. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian,” jelasnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut berharap agar Ozlyn sentiasa kuat menghadapi detik sukar ini.

“Salam takziah Al-Fatihah.

“Salah takziah Ozlyn dan family. Semoga Allah ampunkan segala dosa Allahyarham dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin. Banyakkan bersabar dan berdoa.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Semoga diberikan kekuatan buat seluruh kaum keluarga. Semoga Allah mengampuni segala dosa dan mencuri rahmat ke atas rohnya,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Sumber: Instagram Ozlyn Wati

IKLAN